Friday, September 30, 2011

Rajin menghulur bertambah la bersyukur.

Syukur... syukur... syukur... Alhamdulilah
Tanda syukur banyak caranya..
Skali da mcm raihan la plak... Tp bukan raihan da... hehehehe

"Tangan kanan memberi, tangan kiri tak mengetahui" begitu la perumpamaan melayu yg sering kita bleh kaitkan dengan bersyukur. Mengapa kita sering alpa dengan kemewahan duniawi semata-mata ingin mencapai matlamat dan kemahuan diri semata spt keinginan memiliki gadget iPad, memiliki HP berskala pintar la dan sbgnya tanpa melihat org yg lebih susah spt keadaan di Somalia yg serba kekurangan..

Tidak rugi mana pown kalau kita rajin menghulur demi mensyukuri rezeki yg diberikan sementara oleh Pencipta kita kan. Percayalah lagi banyak kita mensyukuri pemberian pencipta kita lg banyak rezeki yg akan Pencipta kita limpahkan pada kita. Jangan mengajar hati menjadi kedekut, adakah kita mahu generasi yg kita lahirkan "double triple" kedekut dan tidak reti mensyukuri segala nikmat.

Konsepnya mudah saja, sekiranya mahu dambarkan wanita solehah maka berusahalah menjadi lelaki yg soleh bahkan bukan menunggu masa hidayah yg hadir semata-mata hendak berubah. Kita tahukah bila ajal yg bakal menjemput kita spt lagu Ungu- Andaiku Tahu. Amboi seriusnya mcm imam muda plak gayanya, mahu tak nyer klu masok imam muda kalah imam muda Asyraf nie... hehehehehe

TQ kengkawan yg sudi menyinari hidupku walaupun aku sering menyakiti hatimu dengan membahan sinis yerk.... :)

Moh la kita nyanyi lagu nie bersama-sama yerk!!!!
(Sambil bersiap mahu pergi kerja nie)

Lama wooo x dengar lagu raihan nie... :)


Lagu Keinsafan nie... Hehehe

Sunday, September 25, 2011

200 pounds beauty???

Baru sudah selesai menonton movie "200 pounds beauty". Fuhhh skali mengalir la plak air mata jantan aku nie. hehehehe

Cter nie mmg best jgk la tmbh plak plakon korea yg cun dan gantang2 yg blakon kan. Hehehehe Ok bukan nak cter pasal keseksian plakon nyer tp nak cter pasal moral value yg aku perolehi dati cter nie serba sedikit.

1) Kecantikan fizikal x akan kekal berbanding dengan kecantikan dalaman (hati). So peliharalah kecantikan dalaman anda. Ngeh3
2) Persahabatan yg suci dan murni tiada penghujungnya klu kita mampu menghargainya. Dan2 jerk, hehehhe
3) Kasih sayang sorang bapa yg kuat tak akan padam hingga ke akhir hayat tp ada juga ayah yg berhati binatang gak yerk maklom la dunia da akhir zaman skang nie kan. Nauzubillah himinzalik
4) cinta tue lumrah bagi manusia tp x perlulah bekorban sampi menyusahkan diri dengan membuat pembedahan pelbagai. Kalau anda islam pasti anda ada peganagn kan so jgn ikut sgt budaya yg meraban tue... hehehehe

*Ok la cukup la tue, hari nie malas nak taip panjang2 so layan lagu tema "200 pounds beauty"

Saturday, September 24, 2011

Repot Outstation Tampoi...

Setelah 3hari 1/2 aku berada dihospital tampoi untuk menyelesaikan masalah pada projek Hospital yg permai lg indah. Suasana hospital mmg indah tapi masih belom berpenghuni lg klu korang nak register masok tempat tue bleh la cpat2 register yerk, karang penoh melopeh kome nak masok... hehehehe

Agak lama gak la aku kat hospital tue sampai silap hari bulan aku nak jerk register masuk tempat tue, maw pecah kepala nak siapkan sistem kat hospital tula tapi masih x siap juga sbb bnyak masalah teknikal yg menyebabkan kerja aku nak up program dan grafik tidak dpt dijalankan secara lancar & cergas..

Kesimpulannya kerja di Hospital Permai terpaksa ditangguhkan sehingga semua point pada sistem online barulah  kerja aku nak load grafik pd sistem dpt dijalankan dgn lancar. So ptg nie balik Selangor dan minggu depan siapkan grafik dari opiz saje la jawabnya... :)

Friday, September 23, 2011

Diana Amir dan perubahan...

Alhamdulilah, itu saja yg mampu aku ucapkan dengan perubahan mahu menjadi muslimah sejati...


walaupun masih ada kekurangan, masih boleh ditingkatkan lg perubahan tersebut dari semasa ke semasa...
perubahan perlu dilakukan sedikit demi sedikit selaras dengan keselesaan dan berkekalan mengikut syariat yg ditetapka... :)

Thursday, September 22, 2011

Hati bergelora dan berkecamuk.

Astarfirroh hal'azim, knpa la hati aku bergelora semula setelah hilangnya ketenangan. Aku perlukan ketenangan seperti dulu dimana tiap kali aku lakukan solat dan baca quran dlm keadaan tenang dan tenteram tanpa rasa seperti berpenyakit.
Adakah ini semua disebabkan hasutan syaitan semata-mata atau disebabkan oleh persekitaran baru yg aku alami. Ya Allah ini kah yg dinamakan pegurangan keimanan dalam diri ya Allah. Setiap kali menyendiri dan berada dlm kesorangan pasti ada saja yg tidak kena pada jiwa dan rohani aku ini.
Ya Allah beri la aku kekuatan, ketenangan diri seperti kau berikan ketenangan pada org-org yang beriman padamu dan jauhkan aku dari sebarang gejala yg mampu menceburkan diriku dalam lembah maksiatmu.

Aku tak mahu hanya menjadi ros hitam yg tidak mampu menghadirkan seri pada org lain bahkan aku rela menjadi ros segar lg berduri yg mampu menyinari dan melindungi kehidupan org lain..