Saturday, April 30, 2011

Politik Dunia..

Selamat sejahtera dan Assalamulaikum wbt...

Malaysia oh Malaysia tanah airku..Sungguh sedih aku melihat keadaan politik di Malaysia ini yang semakin hari semakain parah.. Ada yang sampai bersumpah laknat, ada pula yang menyorokkan kebatilan dan ada juga yang buat x taw jer atau org ckp wat dono jerk.. Hehehehe macam aku la tue suka wat dono jerk.. Kalau dlm hal nie mmg aku suka wat dono jerk sbb aku x nak membawa cerita yg belom tentu sahihnya lg.. Bawa cerita yang belom tentu sahih tue da masuk dlm golongan mengumpat plak kan, tue blom lg cerita fitnahnya.. Bak kata Man Maharaja Lawak " Masyarakat... masyarakat...". hehehehe

Dalam Islam sendiri berpolitik itu mmg penting  bg menentukan ketua atau pemimpin dlm sesebuah organisasi atau masyarakat muslim sendiri.. Tapi adakah berpolitik sampai berpaling dari ajaran Islam itu yang dituntut dalam pegangan Islam yg dipahat dlm lubok hati kita.. Nauzubillah himinzalik, aku sendri sbg umat akhir zaman pown keciwa ngan politik zaman sekarang.. Islam sendri pown menghalang umatnya membuka aib saudara sendri nie kan pula sampai sumpah laknat.. Dalam syarak sendri pown ada ckp sumpah laknat tue adalah bg golongan suami isteri dimana dilakukan oleh suami/isteri kerana menuduh isteri/suami yg suci melakukan zina dengan syarat  membawa 4 org saksi.. Kenyataan aku boleh disokong pada Al-Quran ayat 7-9 surah Al-Nurr.. 

Aku pown malas komen panjng2 pasal politik nie kang salah bawa cerita jadi dosa la plak... Langkah terbaek untuk umat islam adalah mendengar setiap pengakuan daripada kedua belah pihak dan dengan akal yg waras lg bijak timbang tarakan dengan logik akal dan nilai serta buat la keputusan mengikut syarak.. Da buat keputusan jgn plak bawa mulut taw, kita sendiri pown x pasti kesahihan keputusan yg kita buat so langkah mudah kita diamkan diri dan ambil ikhtibar saja ngan setiap sesuatu yg berlaku.. Hehehehehe Kalau org cerita pasal kisah tersebut jgn join baik g main jauh2 kurang2 x ada la ko bersengkokol dengan kemungkaran atau kebatilan... 

Lg satu klu korang tnya aku nie parti mana aku akan jawab aku x ada mana parti pown sebab rakan2 aku semua tergolong dari kedua-dua belah parti then jalan mudah bg menjaga hati saudara semuslim dan rakan aku adalah dengan jawapan lepaskan diri tersebut.... Ngeh3x Kurang2 aku leh jaga hati saudaraku dan hubungan sesama saudaraku... Al maklum la politik skang sampai boleh membawa persengketaan sesama saudara silap2 hari bulan putuskan hubungan sesama muslim lg.. Da tambah dosa lg, sng nyer dpt dosa yerk susah btol nak wat pahala... :)

Minta maaf sekali lg pada sahabat sekalian klu aku nyer wadah nie menyinggung hati & pasaan korang yerk.. X bermaksud pown nak menyinggung korang.. Ini semua pendapat ikhlas daripada hati aku sendiri yerk.. :)

Freedom like this Picture!!!

Friday, April 29, 2011

Kempen Merawat Jiwa...

Jom kawan-kwn kita rawat jiwa kita dengan zikrullah.. X dapat amalkan dapat dengar tiap2 hari pown da ok da... Jgn rosakkan jiwa dengan menjauhi setiap kalimah Allah swt... Yok kengkawan....:)


Monday, April 25, 2011

Bijak didunia ataupun diakhirat...

Alhamdulilah sekali lg aku dpt menulis dan mencoretkan wadah utk peringatan pada diri aku mahupun diri kalian sekalian... Sekali lg aku menyusun seploh jari memohon maaf andai aku x dpt mengupdate blog slalu dan andai coretanku ini mengguris hati kalian, aku mohon ampun dan maaf. Sekiranya coretan ini juga terdapat kekhilafan mohon diperbetulkan. Moga Allah redho dengan segala perkara yg kita ushakan bersama..

Pertama sekali, manusia ini dijadikan dengan sifat yg sempurna berbandinding dengan makhluk lain iaitu berakal. Tetapi akal manusia terbatas dengan sesuatu perkara diluar kotak pemikiran kita seperti keluasan langit ciptaan allah swt yang x mampu dihitung dengan akal kita. Terdapat manusia yg dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan salah satu contoh adalah kebijaksanaan dalam menguasai sesuatu pelajaran atau ilmu allah swt. Kebijaksanaan dalam menguasai pelajaran dapat ditentukan dengan pelbagai peperiksaan yg dijalankan. Kita boleh berbangga dengan setiap kali kita berjaya dalam pelajaran dengan menggapai empat flat tetapi kita tnya atau tidak diri kita kebijaksanaan rohani kita dalam menggapai ilmu-ilmu Al-quran dan al sunnah dalam membentuk sahsiah dan rohani yang cemerlang. Kecemerlangan dalam pelajaran belom tentu menjamin kejayaan rohani kita. Tanpa sedar atau tidak kita juga mengabaikan dalam menguasai ilmu rohani yang kian pudar dalam diri kita.

Dalam pengamatan yang slalu aku buat kebiasaannya jika kita ingin berjaya dalam ilmu kerohanian pasti Allah akan menarik sesuatu yang kita miliki seperti dalam penguasaan ilmu duniawi yang menjadi hak Allah swt. Adakah kita mahu mengejar ilmu duniawi semata-mata dengan mengabaikan ilmu akhirat. Memang ilmu duniawi itu milik Allah juga tapi adakah ia menjamin kehidupan kita di alam satu lagi. Ilmu duniawi Allah swt hanya menjamin kita pada kertas dan kerjaya sahaja tapi belum tentu akan menjamin kita dialam yg kekal. Memang ilmu akhirat menjamin kita dialam kelak tapi didunia ia menjamin ketenagan kita jua dalam menjalankan dan menggapai kecemerlangan ilmu duniawi.

Kembali semula pada konsep kehidupan kita, apa tujuan kita dijadikan khalifah dibumi ini. Pasti mudahkan untuk menjawab soklan nie tapi sukar untuk mengamalkannya. So seimbangkanlah antara ilmu duniawi dan akhirat moga kita berjaya dunia dan akhirat yerk kengkawan. Biarlah Allah swt tarik sedikit kebijaksanaan kita dalam menggapai kecemerlangan ilmu dunia tapi jangan Allah tarik kecemerlangan kita dalam menggapai ilmu Akhirat. Biarlah kita berjaya didunia dan diakhirat moga hidup diberkati Allah swt. Aku akhiri coretan ini dengan sepotong sajak:

Jangan ingin kau mengejar ketidakpastian,
Andai diri belum kukuh di alam sana,
Ilmu dunia hanya pembawa bahagia keduniaan,
Muhasabahlah kau mencari bahagia dunia dan akhirat sana.


Wednesday, April 20, 2011

PSM or FYP...

Alhamdulilah dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang... Aku bersyukur kerana dapat menyelesaikan PSM dengan jayanya. Hari ini aku buat presentation utk FYP aku dengan lancar dengan kehendaknya walaupu ada sedikit masalah teknikal... Pertama aku salah bilik utk prezen sebab masalah jadual seminar... Jadual mengatakan aku pezen kat makmal metalurgi, ngan penuh berdebarnya aku g la... Tiba disana aku rasa lain macam jerk... Apa lagi aku tnya la student kat situ sape panel.. skali die ckp arab la.. Hehehhehe Opsss!!! sekali die ckp Dr zawati la plak... Sama ker Dr. Zawati ngan Dr. Nik Muhammad.. Kan dua subjek yg berbeza..

Tanpa berlengah lagi aku g plak makmal metrologi, firasat aku ckp mungkin kat situ kowt... Tiba sana tengok kosong jerk bilik x ada sape2.. aku makin cuak maw kena aku ngan panel aku Dr. Nik Muhammad & Mr. Azwir Azlan... Tanpa memikir panjang aku terus g tempat pezen PSM 1 kat makmal CAE... Skali betul la kat situ....Huhuhuhu Cuak juga aku x jumpa tempat...Da la lambat 10 minit... nasib baik la kawan aku sanggup pezen dulu... So aku pezen lepas die la ape lg... Tanpa sempat menarik nafas panjang aku kena pezen plak... Maw tercungap- cungap aku pezen td x cukup nafas...

Masa pezen plak x yah ckp kena bedil lg, tue mmg wajib pown bg seorg mahasiswa yg menjalani pezen PSM... Huh aku cuba menangkis sebaik mungkin segala soklan tanpa memikirkan ayat aku betul ker x grammar... janji layan jerk die soal... Abis Pezen aku tarik nafas lega sebab da lepas satu bebanan atau tanggungjawab yg berat sbg sorng mahasiswa...

Sekali lagi, aku ucap Alhamdulilah walupun dibedil dan masuk lewat utk pezen, aku tetap bersyukur sebab segala ujian diberikan bersesuaian dengan tahap keimanan kita...
P/s: Jadilah pelajar yg berdisplin buat sahabat sekalian, kita x nak org melawan setiap prinsip kita tapi kita perlulah lakukannya terlebih dahulu.... Mode senyum lebar... :)))))

Saturday, April 9, 2011

~ Usaha, Doa & Tawakal ~

~ Usaha, Doa & Tawakal ~


Ku ingin mengukir pelangi dilangit biru,
Datangnya mendung membawa kedinginan,
Ku tunggu sang mentari bersinar membawa harapan,
Tidak ku rela melepas kegagalan tanpa usahaku.

Andai kegembiraan kau tidak terhenti,
Jangan kau lupa kegagalan kelmarin,
Kegembiraan kau boleh menjadi kelalaian,
Kegagalan kau jua boleh menjadi pemangkin kelak.

Lihatlah keindahan yg dikurniakan Ilahi,
Usah kau cuba mencabulinya,
Nafsu rakusmu boleh menjadi raja hatimu,
Penjarakanlah nafsumu dengan keimananmu.

~Farid Suradi ~


Wednesday, April 6, 2011

Hidayah Allah swt boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Bismillah hirrohman nirrohim wadahku dimulakan...
Assalamulaikum wbt pembuka bicara pada kalian yg melawat.

Definisi Hidayah dari segi Al-Quran ada dalam ayat dibawah:

“Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).” (An-Nahl: 9)



Maksud ayat diatas adalah seperti berikut:

Ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mulia ini menjelaskan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki hak yang mutlak dalam membimbing siapa saja yang dikehendaki-Nya, sebagai karunia dan keutamaan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada hamba tersebut. Bimbingan itulah yang menyebabkan seorang hamba senantiasa istiqamah di atas Islam, di atas As-Sunnah, yang merupakan satu-satunya jalan kebenaran. Selain jalan ini, merupakan jalan-jalan yang menyimpang dari al-haq. Ada kalanya menuju kekufuran serta kesyirikan, dan ada kalanya menuju kepada bid’ah serta hawa nafsu.



Pelbagai hidayah Allah swt boleh hadir dari pelbagai sudut antaranya dari segi pembelajaran, pengalaman mahupun dari sesuatu peristiwa. Terdapat pelbagai cara yang hadir hidayah Allah swt. Disini saya ingin menerangkan serba sedikit kehadiran bimbingan Allah swt kepada hambanya yang lahir dibuminya. Mungkin kita sedar mahupun tidak akan kehadiran hidayah Allah swt pada kita. Kita dapat menilai akan kehadirannya pabila kita sentiasa berfikir dan menilai akan perubahan yang berlaku pada diri kita. Ark...ark...ark... perubahan yg dimaksudkan bukanlah perubahan atau hijrah dari jalan kebaikan kepada keburukan tetapi adalah sebaliknya. Kita boleh mengaitkan hidayah Allah dengan keimanan pada diri kita sendiri. Tapi entry nie bukanlah bercerita pasal tahap keimanan, mungkin pada entry yang lain saya akan ulas serba sedikit.

Yang pertama hidayah Allah swt boleh hadir dalam pelbagai peristiwa seperti contoh Allah swt memberi hidayah pada sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al-Khattab dengana peristiwa pabila die mendengar bacaan Al-Quran dari adiknya sendiri setelah mengetahui bahawa adiknya telah memeluk islam. Setelah mendengar adik perempuannya membaca surah toha hati saidina umar menjadi luluh dan dengan itu saidina umar mendapat hidayah Allah swt dan telah memeluk Islam. Mungkin kita sebagai makhluk atau hamba Allah swt boleh mendapat hidayahnya dengan cara begitu mahupun dengan pelbagai peristiwa lain. Semuanya hak Allah swt pada umatnya. 

Yang kedua adalah dengan pembelajaran agama. Hati kita mungkin mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu kejadian. Dalam pembelajaran waktu kelas mungkin kita tidak meminati sesuatu subjek yg diajar. Mungkin ada sedetik kita berfikir dalam sesuatu pembelajaran menjadikan kita ingin mendalami sesuatu asal-usulnya terutamanya dalam subjek agama. Dengan lahirnya perasaan ingin tahu yg mendalam menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi menarik dan secara tidak langsung membelehkan kita meningkatkan tahap keimanan kita dengan pemberian hidayah melalui pembelajaran tersebut.

Yang ketiga adalah daripada pengalaman. Ada satu pepatah menyebut "Berfikir sejenak adalah lebih baik berfikir seribu tahun". Kita sering melakukan kemungkaran & dosa samada sedar mahupun tidak antaranya adalah dengan melawan kata-kata kedua ibu bapa kita, merempit, mencarut dan sebagainya. Pada keadaan ini memang berkait rapat dengan diri aku sendiri. Tapi diri aku sendri memang gemar berfikir sejenak sebelum tido menjadikan diri ini ingin mempunyai satu anjakan paradigma dimana ingin melakukan suatu perubahan yang sangat manis mengikut landasan syariatnya. So dengan itu, diri ini mula mendekatkan diri pada penciptanya dan mula menghargai insan-insan disekeliling tanpa sebarang diskriminasi. Dalam mendekatkan diri pada ilmu akhirat, hati yang sekeras batu boleh menjadi selembut kapas yang bisa menjadikan diri ini kuat dan kental dalam menghadapi onak kehidupan. Kebiasaannya keadaan ini adalah berkait pada remaja yang memuncak untuk melakukan sesuatu yang baru. So berilah mereka masa dan ruang kerana dalam sekeras-keras hati pasti ada kelembutannya.

Sebelum aku mengakhiri wadah yang agak berterabur ini aku ingin memohon maaf sekiranya ada menyinggung atau menghiris hati sahabat sekalian. Kita boleh mengubah ape yang tertulis pada arashnya dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah swt. Sebelum aku akhiri entry nie hayatilah mutiara kata dibawah ini dengan mendalam tanpa mempertikaikannya:

Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan  dermawan, sedangkan dunia adalah hina
(Abu Sulaiman Ad Daroni)

Dengan itu aku akhiri entry ini dengan "Jazakallah & Assalamulaikum wbt".