Saturday, April 9, 2011

~ Usaha, Doa & Tawakal ~

~ Usaha, Doa & Tawakal ~


Ku ingin mengukir pelangi dilangit biru,
Datangnya mendung membawa kedinginan,
Ku tunggu sang mentari bersinar membawa harapan,
Tidak ku rela melepas kegagalan tanpa usahaku.

Andai kegembiraan kau tidak terhenti,
Jangan kau lupa kegagalan kelmarin,
Kegembiraan kau boleh menjadi kelalaian,
Kegagalan kau jua boleh menjadi pemangkin kelak.

Lihatlah keindahan yg dikurniakan Ilahi,
Usah kau cuba mencabulinya,
Nafsu rakusmu boleh menjadi raja hatimu,
Penjarakanlah nafsumu dengan keimananmu.

~Farid Suradi ~


1 comment:

  1. jgn terlebih ambil kemanisan kegembiraan krn ia boleh mengakibatkan penyakit..ambil sedikit kepahitan kegagalan sbg ubat dimasa hadapan..

    ReplyDelete