Bismillah hirrohman nirrohim wadahku dimulakan...
Assalamulaikum wbt pembuka bicara pada kalian yg melawat.
Definisi Hidayah dari segi Al-Quran ada dalam ayat dibawah:
“Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).” (An-Nahl: 9)
Maksud ayat diatas adalah seperti berikut:
Ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mulia ini menjelaskan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki hak yang mutlak dalam membimbing siapa saja yang dikehendaki-Nya, sebagai karunia dan keutamaan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada hamba tersebut. Bimbingan itulah yang menyebabkan seorang hamba senantiasa istiqamah di atas Islam, di atas As-Sunnah, yang merupakan satu-satunya jalan kebenaran. Selain jalan ini, merupakan jalan-jalan yang menyimpang dari al-haq. Ada kalanya menuju kekufuran serta kesyirikan, dan ada kalanya menuju kepada bid’ah serta hawa nafsu.
Petikan daripada: http://kebunhidayah.wordpress.com/category/kebun01-jalan-menuju-hidayah/1-makna-hidayah/
Pelbagai hidayah Allah swt boleh hadir dari pelbagai sudut antaranya dari segi pembelajaran, pengalaman mahupun dari sesuatu peristiwa. Terdapat pelbagai cara yang hadir hidayah Allah swt. Disini saya ingin menerangkan serba sedikit kehadiran bimbingan Allah swt kepada hambanya yang lahir dibuminya. Mungkin kita sedar mahupun tidak akan kehadiran hidayah Allah swt pada kita. Kita dapat menilai akan kehadirannya pabila kita sentiasa berfikir dan menilai akan perubahan yang berlaku pada diri kita. Ark...ark...ark... perubahan yg dimaksudkan bukanlah perubahan atau hijrah dari jalan kebaikan kepada keburukan tetapi adalah sebaliknya. Kita boleh mengaitkan hidayah Allah dengan keimanan pada diri kita sendiri. Tapi entry nie bukanlah bercerita pasal tahap keimanan, mungkin pada entry yang lain saya akan ulas serba sedikit.
Yang pertama hidayah Allah swt boleh hadir dalam pelbagai peristiwa seperti contoh Allah swt memberi hidayah pada sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al-Khattab dengana peristiwa pabila die mendengar bacaan Al-Quran dari adiknya sendiri setelah mengetahui bahawa adiknya telah memeluk islam. Setelah mendengar adik perempuannya membaca surah toha hati saidina umar menjadi luluh dan dengan itu saidina umar mendapat hidayah Allah swt dan telah memeluk Islam. Mungkin kita sebagai makhluk atau hamba Allah swt boleh mendapat hidayahnya dengan cara begitu mahupun dengan pelbagai peristiwa lain. Semuanya hak Allah swt pada umatnya.
Yang kedua adalah dengan pembelajaran agama. Hati kita mungkin mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu kejadian. Dalam pembelajaran waktu kelas mungkin kita tidak meminati sesuatu subjek yg diajar. Mungkin ada sedetik kita berfikir dalam sesuatu pembelajaran menjadikan kita ingin mendalami sesuatu asal-usulnya terutamanya dalam subjek agama. Dengan lahirnya perasaan ingin tahu yg mendalam menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi menarik dan secara tidak langsung membelehkan kita meningkatkan tahap keimanan kita dengan pemberian hidayah melalui pembelajaran tersebut.
Yang ketiga adalah daripada pengalaman. Ada satu pepatah menyebut "Berfikir sejenak adalah lebih baik berfikir seribu tahun". Kita sering melakukan kemungkaran & dosa samada sedar mahupun tidak antaranya adalah dengan melawan kata-kata kedua ibu bapa kita, merempit, mencarut dan sebagainya. Pada keadaan ini memang berkait rapat dengan diri aku sendiri. Tapi diri aku sendri memang gemar berfikir sejenak sebelum tido menjadikan diri ini ingin mempunyai satu anjakan paradigma dimana ingin melakukan suatu perubahan yang sangat manis mengikut landasan syariatnya. So dengan itu, diri ini mula mendekatkan diri pada penciptanya dan mula menghargai insan-insan disekeliling tanpa sebarang diskriminasi. Dalam mendekatkan diri pada ilmu akhirat, hati yang sekeras batu boleh menjadi selembut kapas yang bisa menjadikan diri ini kuat dan kental dalam menghadapi onak kehidupan. Kebiasaannya keadaan ini adalah berkait pada remaja yang memuncak untuk melakukan sesuatu yang baru. So berilah mereka masa dan ruang kerana dalam sekeras-keras hati pasti ada kelembutannya.
Sebelum aku mengakhiri wadah yang agak berterabur ini aku ingin memohon maaf sekiranya ada menyinggung atau menghiris hati sahabat sekalian. Kita boleh mengubah ape yang tertulis pada arashnya dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah swt. Sebelum aku akhiri entry nie hayatilah mutiara kata dibawah ini dengan mendalam tanpa mempertikaikannya:
Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina
(Abu Sulaiman Ad Daroni)
Dengan itu aku akhiri entry ini dengan "Jazakallah & Assalamulaikum wbt".
No comments:
Post a Comment