Pertama sekali, manusia ini dijadikan dengan sifat yg sempurna berbandinding dengan makhluk lain iaitu berakal. Tetapi akal manusia terbatas dengan sesuatu perkara diluar kotak pemikiran kita seperti keluasan langit ciptaan allah swt yang x mampu dihitung dengan akal kita. Terdapat manusia yg dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan salah satu contoh adalah kebijaksanaan dalam menguasai sesuatu pelajaran atau ilmu allah swt. Kebijaksanaan dalam menguasai pelajaran dapat ditentukan dengan pelbagai peperiksaan yg dijalankan. Kita boleh berbangga dengan setiap kali kita berjaya dalam pelajaran dengan menggapai empat flat tetapi kita tnya atau tidak diri kita kebijaksanaan rohani kita dalam menggapai ilmu-ilmu Al-quran dan al sunnah dalam membentuk sahsiah dan rohani yang cemerlang. Kecemerlangan dalam pelajaran belom tentu menjamin kejayaan rohani kita. Tanpa sedar atau tidak kita juga mengabaikan dalam menguasai ilmu rohani yang kian pudar dalam diri kita.
Dalam pengamatan yang slalu aku buat kebiasaannya jika kita ingin berjaya dalam ilmu kerohanian pasti Allah akan menarik sesuatu yang kita miliki seperti dalam penguasaan ilmu duniawi yang menjadi hak Allah swt. Adakah kita mahu mengejar ilmu duniawi semata-mata dengan mengabaikan ilmu akhirat. Memang ilmu duniawi itu milik Allah juga tapi adakah ia menjamin kehidupan kita di alam satu lagi. Ilmu duniawi Allah swt hanya menjamin kita pada kertas dan kerjaya sahaja tapi belum tentu akan menjamin kita dialam yg kekal. Memang ilmu akhirat menjamin kita dialam kelak tapi didunia ia menjamin ketenagan kita jua dalam menjalankan dan menggapai kecemerlangan ilmu duniawi.
Kembali semula pada konsep kehidupan kita, apa tujuan kita dijadikan khalifah dibumi ini. Pasti mudahkan untuk menjawab soklan nie tapi sukar untuk mengamalkannya. So seimbangkanlah antara ilmu duniawi dan akhirat moga kita berjaya dunia dan akhirat yerk kengkawan. Biarlah Allah swt tarik sedikit kebijaksanaan kita dalam menggapai kecemerlangan ilmu dunia tapi jangan Allah tarik kecemerlangan kita dalam menggapai ilmu Akhirat. Biarlah kita berjaya didunia dan diakhirat moga hidup diberkati Allah swt. Aku akhiri coretan ini dengan sepotong sajak:
Jangan ingin kau mengejar ketidakpastian,
Andai diri belum kukuh di alam sana,
Ilmu dunia hanya pembawa bahagia keduniaan,
Muhasabahlah kau mencari bahagia dunia dan akhirat sana.
No comments:
Post a Comment