Tuesday, October 4, 2011

Ikatan dan Tautan Kasih di Hujung Minggu.

Hohohohohoho walaupun hujung miggu yg penat tapi aku still leh bersama-sama kluarga dgn sahabat utk menjalin dan mengeratkan pelbagai ikatan. Perghhhh!!!! mcm ustaz la plak ayat aku nie. Hehehehe

Hujung minggu yg lepas pada 1 & 2 Oct 2011 aku telah melawat sahabat aku seperti yg tertulis pd entry  ini >>> Ini La
Sebenarnya aku saja jer melawat member-member aku yg masih berada di Parit Raja dengan harapan mereka sihat walafiat dan masih mengenali aku lg. hehehehe (alasan jerk nie walhal aku pegi shopping maklom la gaji da masuk kan) NGEH3

Walaupun jauh perjalanan tetap luas pemandangan, dimana masjid UTHM telah tersergam indah siap terbina tinggal menunggu masjid tersebut beroperasi saja. Huhuhuhu Yeahhhh!!! Bestt sungguh budak-budak baru yerk dpt merasa masjid baru UTHM. Tapi konvo tahun nie masih guna dewan lama yerk walaupun mengikut tentatif aku akn berkonvo tahun nie tp atas sebab-sebab masalah teknikal aku terpaksa konvo bersama rakan-rakan extend aku pada tahun depan. Huhuhuhu X pela, syukur Alhamdulilah aku masih boleh konvo dan mengawal perasaan emo aku. Hehehe

Hari Ahad pula aku pergi jamuan rumah kakak aku di Batu Pahat dengan harapan ada gadis-gadis yg dapat menyejukkan hati. Hehehehehe (Alasan lg nie walhal malas nak pegi) Aku ingatkan majlis makan2 biasa2 jer, skali da mcm menyambut menantu la plak gaya majlis tersebut siap dengan kain rentang pelbagai tue. Tapi satey da habis time majlis tue hanya mampu makan nasi briani, cendol, air kelapa dengan ais krim. Mmg terbaek la, kasi langsam habis la aper  lg. ngeh3

Nie die kain rentang jamuan tersebut...:)

Terbaik la majlis nie walaupun aku dpt dtg skejap jerk majlis just nak cepat. Thankz Kak Non & Abg Eddy atas juadah disediakan. Semoga Kak Non & anak cepat sembuh demam yerk. :)

Saturday, October 1, 2011

Parit Raja & Aku..

Hari nie aku berada di Parit Raja dtg melawat kengkawan dan rumah sewa masih ditinggali oleh rakan-rakan aku yg masih rajin blajar.. Walaupun aku grad bersama dieorg tapi situasi kami amat berbeza dimana dieorg masih belajar dan aku telah menempuhi alam pekerjaan.

Tujuan aku datang ke Batu Pahat adalah utk membeli belah atau nama ideal dlm bahasa inggeris nya adalah shopping. Hehehehe Aku tiba di UTHM kira-kira pkul 6.25p.m dgn harapan ada kawan-kawan aku yg main Hoki di Turf hoki UTHM. Tapi hampa bila tgk padang hoki kosong saja tanpa kelibat rakan permainan hoki aku.

Aku melihat di padang bola begitu meriah seolah-olah ada perlawanan bola sepak. Aku dengan segera bertanya org berhampiran aku dan bertanya, rupa-rupanya staff UTHM vs Muar dan telah dimenangi oleh staff UTHM dengan jaringan 3-1.

Aku masih di rumah sewa melawat rakan-rakan dan sekejap lg maw pulang ke kg pula. Harapan aku agar kengkawan belajar lebih masa aka extend belajar bersungguh-sungguh. Hehehehe
Chayok!!! Chayok!!! Chayok!!!
Mention to Gajah White, Poknik, Wan Bunga dan Hanep Paradox.

Friday, September 30, 2011

Rajin menghulur bertambah la bersyukur.

Syukur... syukur... syukur... Alhamdulilah
Tanda syukur banyak caranya..
Skali da mcm raihan la plak... Tp bukan raihan da... hehehehe

"Tangan kanan memberi, tangan kiri tak mengetahui" begitu la perumpamaan melayu yg sering kita bleh kaitkan dengan bersyukur. Mengapa kita sering alpa dengan kemewahan duniawi semata-mata ingin mencapai matlamat dan kemahuan diri semata spt keinginan memiliki gadget iPad, memiliki HP berskala pintar la dan sbgnya tanpa melihat org yg lebih susah spt keadaan di Somalia yg serba kekurangan..

Tidak rugi mana pown kalau kita rajin menghulur demi mensyukuri rezeki yg diberikan sementara oleh Pencipta kita kan. Percayalah lagi banyak kita mensyukuri pemberian pencipta kita lg banyak rezeki yg akan Pencipta kita limpahkan pada kita. Jangan mengajar hati menjadi kedekut, adakah kita mahu generasi yg kita lahirkan "double triple" kedekut dan tidak reti mensyukuri segala nikmat.

Konsepnya mudah saja, sekiranya mahu dambarkan wanita solehah maka berusahalah menjadi lelaki yg soleh bahkan bukan menunggu masa hidayah yg hadir semata-mata hendak berubah. Kita tahukah bila ajal yg bakal menjemput kita spt lagu Ungu- Andaiku Tahu. Amboi seriusnya mcm imam muda plak gayanya, mahu tak nyer klu masok imam muda kalah imam muda Asyraf nie... hehehehehe

TQ kengkawan yg sudi menyinari hidupku walaupun aku sering menyakiti hatimu dengan membahan sinis yerk.... :)

Moh la kita nyanyi lagu nie bersama-sama yerk!!!!
(Sambil bersiap mahu pergi kerja nie)

Lama wooo x dengar lagu raihan nie... :)


Lagu Keinsafan nie... Hehehe

Sunday, September 25, 2011

200 pounds beauty???

Baru sudah selesai menonton movie "200 pounds beauty". Fuhhh skali mengalir la plak air mata jantan aku nie. hehehehe

Cter nie mmg best jgk la tmbh plak plakon korea yg cun dan gantang2 yg blakon kan. Hehehehe Ok bukan nak cter pasal keseksian plakon nyer tp nak cter pasal moral value yg aku perolehi dati cter nie serba sedikit.

1) Kecantikan fizikal x akan kekal berbanding dengan kecantikan dalaman (hati). So peliharalah kecantikan dalaman anda. Ngeh3
2) Persahabatan yg suci dan murni tiada penghujungnya klu kita mampu menghargainya. Dan2 jerk, hehehhe
3) Kasih sayang sorang bapa yg kuat tak akan padam hingga ke akhir hayat tp ada juga ayah yg berhati binatang gak yerk maklom la dunia da akhir zaman skang nie kan. Nauzubillah himinzalik
4) cinta tue lumrah bagi manusia tp x perlulah bekorban sampi menyusahkan diri dengan membuat pembedahan pelbagai. Kalau anda islam pasti anda ada peganagn kan so jgn ikut sgt budaya yg meraban tue... hehehehe

*Ok la cukup la tue, hari nie malas nak taip panjang2 so layan lagu tema "200 pounds beauty"

Saturday, September 24, 2011

Repot Outstation Tampoi...

Setelah 3hari 1/2 aku berada dihospital tampoi untuk menyelesaikan masalah pada projek Hospital yg permai lg indah. Suasana hospital mmg indah tapi masih belom berpenghuni lg klu korang nak register masok tempat tue bleh la cpat2 register yerk, karang penoh melopeh kome nak masok... hehehehe

Agak lama gak la aku kat hospital tue sampai silap hari bulan aku nak jerk register masuk tempat tue, maw pecah kepala nak siapkan sistem kat hospital tula tapi masih x siap juga sbb bnyak masalah teknikal yg menyebabkan kerja aku nak up program dan grafik tidak dpt dijalankan secara lancar & cergas..

Kesimpulannya kerja di Hospital Permai terpaksa ditangguhkan sehingga semua point pada sistem online barulah  kerja aku nak load grafik pd sistem dpt dijalankan dgn lancar. So ptg nie balik Selangor dan minggu depan siapkan grafik dari opiz saje la jawabnya... :)

Friday, September 23, 2011

Diana Amir dan perubahan...

Alhamdulilah, itu saja yg mampu aku ucapkan dengan perubahan mahu menjadi muslimah sejati...


walaupun masih ada kekurangan, masih boleh ditingkatkan lg perubahan tersebut dari semasa ke semasa...
perubahan perlu dilakukan sedikit demi sedikit selaras dengan keselesaan dan berkekalan mengikut syariat yg ditetapka... :)

Thursday, September 22, 2011

Hati bergelora dan berkecamuk.

Astarfirroh hal'azim, knpa la hati aku bergelora semula setelah hilangnya ketenangan. Aku perlukan ketenangan seperti dulu dimana tiap kali aku lakukan solat dan baca quran dlm keadaan tenang dan tenteram tanpa rasa seperti berpenyakit.
Adakah ini semua disebabkan hasutan syaitan semata-mata atau disebabkan oleh persekitaran baru yg aku alami. Ya Allah ini kah yg dinamakan pegurangan keimanan dalam diri ya Allah. Setiap kali menyendiri dan berada dlm kesorangan pasti ada saja yg tidak kena pada jiwa dan rohani aku ini.
Ya Allah beri la aku kekuatan, ketenangan diri seperti kau berikan ketenangan pada org-org yang beriman padamu dan jauhkan aku dari sebarang gejala yg mampu menceburkan diriku dalam lembah maksiatmu.

Aku tak mahu hanya menjadi ros hitam yg tidak mampu menghadirkan seri pada org lain bahkan aku rela menjadi ros segar lg berduri yg mampu menyinari dan melindungi kehidupan org lain..

Friday, August 26, 2011

Sungguh hening petang nie..

Aku skang da menjadi ahli Johnson Controls (M) Sdn. Bhd... kira2 hampir sebulan juga aku menjadi staff johnson... tapi bukan ini yg aku nak gambarkan pada korang tapi suasana diperantauan apabila menjelang syawal.. hari ini sedikit demi sedikit staff balik untuk menyambut syawal... 

Skang nie opiz aku da mula sunyi, boleh dikatakan tinggal beberapa kerat jerk hari ini... aku plak sibuk online jerk abis balik dari site di Keramat maklom la x ada mood nak wat keja... hehehe Kalau ikut mood raya aku dari lepas solat jumaat aku da cabut tp apekan daya pengangkutan aku cuma motosikal saja tambah plak hujan lebat di PJ nie... huhuhu Satu lg jap lg ada majlis berbuka utk department aku di Sri Melaka Restaurant...

Terpaksa la aku tangguhkan hajat aku nak cabut awal... huhuh tapi ape pown aku gembira dgn pekerjaan aku disini walaupun bnyak kerja masih tertangguh lg... huhuhuhu

Sebelum aku habiskan bicara aku, aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri dan aku mohon maaf atas segala kesalahan aku samada zahir & batin... Berhati-hati dijalan raya yerk kengkawan... :)

Saturday, July 9, 2011

Inikah negara yang kami dambarkan... Oh Malaysiaku!!!

Piluku bukan bermaksud aku berduka, gembiraku bukan juga aku menyokong tapi senyap & menungku bukan tanda aku tidak berfikir & hanya tuli dengan perkembangan sekeliling... Oh Malaysiaku yang dulu aku dambarkan sebagai sebuah negara yang aman dan damai...

Hidupku bukan untuk menyalah dan dipersalahkan walaupun aku bukan hadir dlm negara mampu mewujudkan pelbagai bencana yang mapu menyedarkan dari lenaku tapi mengapa kita harus mewujudkan fenomena yang mampu mengguris & menimbulkan kesengsaraan pada pelbagai masyarakat... Adakah kita mapu mengubah semua yang salah dengan hanya hadirnya kesengsaraan tanpa diundang... Juga masih tertanya adakah Malaysia itu sama saja seperti Selatan Thailand mahupun Mesir yang mampu membawa transformasi negara...

Apakah cerita disebalik negara tersebut selepas berakhirnya demonstrasi tersebut??? Walaupun aku berbangga dengan tuntutan segolongan masyarakat tersebut tapi haruskah ia diadakan dalam suasana sebegitu yang menjanjikan dalam keadaan aman dan damai tapi hanya khabar2 indah saja yang berlalu...

Memang sesuatu perkara diluar kawalan kotak fikiran kita tapi kita masih boleh berfikir & memberi jaminan dalam sesuatu perlakuan yang bakal akan dilakukan... Yang terang tdak mampu ditentang tapi kelam mampu ditentang dengan hebatnya... Berapa lama aku harus menunggu semua ini berakhir adakah sehari, dua hari, tiga hari atau satu minggu mahupun sebulan... Mana pergi peganganmu wahai saudaraku & sahabatku, adakah ini teladan yang diperolehi dari junjungan kita saudaraku atau pengajaran dari pegangan agamamu sahabat...

Oh sahabat & saudaraku berfikir la secara rasional dalam melaksanakan sesuatu perbuatan, Lihatlah negara yang serba kekurangan dari kita... Sedih..sedih... sedih... :(

Inikah yg kita mahukan?

Thursday, May 12, 2011

Minggu Perpisahan dengan merapatkan Ukhwah bersama rakan UTHM...

Bismillah hirrohman nirrohim...
Assalamulaikum wbt semua, utuk entry kali nie adalah bersempena program terakhir aku bersama rakan sekelas aku di UTHM...

Minggu nie adalah minggu terakhir aku di UTHM bersama rakan-rakan tahun akhir dan kemasukan batch 2008/2009.. Sungguh terharu aku apabila ada majlis & program yg mampu mengikat semula kerenggangan hubungan persahabatan sepanjang kami semua utk menggapai satu matlamat dengan suasana yang sama iaitu dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yg mampu menggarap segala ilmu dipelajari tanpa mengabaikan segala syariat yg telah ditetapkan oleh Allah SWT..

Semalam program "berbeku" untuk batch 2008/2009 bagi seksyen 3, 4 & 5, walaupun mejoriti pelajar yg menyertai program ini adalah pelajar seksyen 3 & 5 tapi ia meriah dengan gelak tawa pelajar dan gurau senda sesama pelajar.. Walaupun ada tetamu kehormat yg diundang secara tidak formal kami tetap seronok menikmati kebahagiaan hubungan sesama rakan-rakan.. Acara ini hanyalah khas utk pelajar lelaki sahaja untuk memudahkan perjalanan program tanpa sebarang perkara yg x diingini berlaku.. Sebab program ini dikhaskan bagi golongan lelaki sahaja adalah atas sebab waktu program yang dibuat adalah pd waktu malam dan lebih mesra kami berhubung rapat sesama golongan lelaki mengikut syariat yg telah ditetapkan.. Nie semua bukanlah racist tapi adalah berkonsepkan keislaman dalam menjalani sesuatu program tanpa ada pergaulan yg melebihi batasan islam.. Sebelum majlis ini dimulakan pengarah program kami telah memberi ucapan yg dapat dilaksanakan setiap pelajar walaupun agak berat iaitu acara bermaafan sesama rakan buat kali terakhir.. Janganlah memandang majlis ini hiburan & kritikan mahupun bahan-membahan tetapi ia adalah atas tujuan yg satu iaitu merapatkan silaturrahim yg telah lama renggang & rapuh sesama sahabat semuslim & sekos kita..

Malam "Berbeku" di fakulti

Setelah selesai majlis "berbeku" kami dihidangkan pula dengan program sukan bermain futsal bersama rakan yang menyertai program "berbeku" tadi.. walaupun agak letih aku tetap menhadirkan diri buat sahabat-sahabat aku sekalian dan aku telah terlelap seketika sebelum & semasa program kesukanan ini.. Program ini adalah berupa membentuk & meningkatkan kerohanian kami secara kesukanan tanpa mengurangkan sedikit pon kehambaran kemeriahan program ini... Walaupun aktiviti ini kurang sesuai waktunya tp ia dpt dijalankan dengan jayanya..

Program Sukan dipagi hari... :)

Inilah program yang berupa keseronokan tapi terdapat tujuan yg terselindung tanpa kita sedari.. Aku harap dilain masa kita dapat bersua lagi sahabat sekalian.. Dikesempatan ini aku menyusun sepuluh jari utk memohon kemaafan samada sengaja mahupun tidak.. Kamu semua adalah sahabat aku sepanjang hayat aku didunia dan diakhirat dan tidak pernah pown aku menyimpan dendam ke atas kalian semua..

Aku sudahi dengan Assalamulaikum WBT...
p/s : Gamba program akan di uplode kemudian yerk... :)

Wednesday, May 11, 2011

Membaca meningkatkan tahap ilmu kita...

Mcm nie la baru semangat kwn2, x kira dimana jua anda berada...

Pasti korang aper cara yg boleh meningkatkan tahap ilmu sesorng kan.. ce ceta ce ceta...
Eh sebelum tue Assalamulaikum wbt diucapkan pada rakan sekalian... Bagi aku tahap ilmu tue akan bertambah pabila kita melihat org melakukan sesuatu yg baru dan juga dengan membaca... Ermmm pasti korang x minat membacakan aku taw... Aku dulu pown x minat utk membaca tp skang bila aku membaca aku akan rasa nikmat dan terasa sungguh kerdil & jahil diri aku bila bnyak benda kita baca lagi bnyak kita x tahu sebenrnya kan... Terutamanya perkara yg saling kita baca adalah berkaitan dgn bahan bacaan keagamaan... Biarlah org nak ckp yg kita nie skema ker ulat buku ker tapi aku percaya org yg bnyk membaca nie lg bnyak ilmu yg diketahui cuma sikap kita jerk yg membatasi kita utk membaca..

Wahyu pertama yg Allah swt turunkan pada Rasulullah SAW sendiri pown menyuruh baginda membaca sehingga menggigil tubuh baginda mendapat wahyu tersebut.. Mesti susah ma maw amalkan budaya membaca nie coz budaya mmg korang suka kan and bukan menjadi kebiasaan pada diri korang.. sama juga pada aku tp bila aku mula kikis sedikit demi sedikit budaya malas pada diri aku utk merajinkan budaya membaca nie aku mula rasa seronok ya amat dlm membudayakan budaya membaca nie terutamanya dalam meningkatkan dlm ilmu agama nie.. :)

Golongan yang suka mencari ilmu nie sendri amat disukai oleh Rasulullah SAW dan sentiasa diberi keutamaan dahulu kerana terdapat hadith yg menceritakan pada suatu ketika dalam surau terdapat dua golongan yg menuntut ilmu dan golongan yg berzikir pada Allah SWT..



Inilah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam maksud hadis daripada  Abdullah Bin 'Amru Bin Al-'As: Baginda masuk ke dalam masjid dan mendapati dua golongan yang sedang berkumpul; satu golongan sedang mendalami ilmu agama dan golongan lain sedang memohon doa kepada Allah.  Selanjutnya Baginda bersabda: 'Kedua-dua majlis ini adalah baik, yang satu sedang memohon doa kepada Allah, dan yang lagi satu sedang menuntut ilmu dan sedang mendidik orang yang tidak berilmu, maka mereka ini lebih baik (daripada golongan yang sedang berdoa). Aku diutuskan untuk mengajar dan mendidik. Kemudian Baginda memilih untuk duduk di dalam majlis ilmu. (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Petikan dari : Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Maka salah satu caranya adalah dengan membaca yerk, so nak kakis sifat atau budaya malas mestilah dengan menguatkan keimanan terlebih dahulu.. setelah itu kakis la sifat malas dengan paksa utk membaca & meminati budaya membaca... membaca lah di mana anada berada.. Hehehehehe :)

Friday, May 6, 2011

Kenanganku di UTHM atau Kuittho...

Assalamulaikum wbt dan selamat pagi rakan2...

Pagi-pagi buta nie aku saja nak bebel skit pasal tempat pengajian aku yg bakal aku tinggalkan setelah aku mengabdikan diri selama 6thn lamanya. UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) atau lebih dikenali sbg KUITTHO ( Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia) merupakan satu IPTA yang terletak disebuah pekan Parit Raja seperti yg sahabat aku war-warkan diblognya dengan berepisod kowt... Hehehehe
Sorry Mr. Muhammad Zulfdhli B. Osman kerana skali lg melibatkan ko dlm entri aku ek... :)

Dahulu masa aku diploma sikit punya kecik la UTHM nie skang da kembang pesat sehingga akan terbinanya sebuah kolam renang, masjid utama dan juga dewan besar. Apa yg aku nyatakan nie semuanya aku lom merasa lg sebab x siap lg. Yang sempat aku merasa adalah perpustakaan UTHM yg tersergam indah 5 tingkat dengan panorama tasiknya yg mengasyikkan si pengunjung bila melihat dari dalam perpustakaan. Huh rugi owh saper x menikmati perpustakaan UTHM yg agak besar tue.

Aku dengo cerita aku sempat merasa masjid besar UTHM dan dewan besar UTHM jerk kowt. dapat merasa yg tue pown jadi la sblom aku menamatkan pengajian aku kan. Al-maklom la baru dinaik taraf menjadi Universiti awamkan so pembangunan pesat diakhir waktu pengajian aku plak tue... Huh Klu aku btol nak rasa pembangunan tue aku kena sambung master kat UTHM kowt tp rasa malas la nak sambung master lg. Aku nak rehatkan pala otak aku dengan menjadi org yg berkerjaya plak lepas nie... Hehehe

Nie atikel pasal Perpustakaan UTHM:
Utusan Malaysia

Nie video-video Dewan Besar UTHM bakal terbina:

Nie utk 1st video

Nie plak 2nd video.

Sebelom korang close blog aku moh kita layan lagu komersial tempat pengajian aku UTHM... Hehehehe Baguskan Universiti aku siap ada lagu promo lagi....

Nrocinu-Kenangan di KUiTTHO (UTHM)


Wednesday, May 4, 2011

Dalam Mihrab Cinta...


Aku kagum dgn filem berunsur islamik indonesia salah satunya adalah filem "Dalam Mihrab Cinta". Memang aku peminat movie terutamanya movie yg berunsur islamik. Filem atau movie nie salah satu cara nasihat atau ajakan yg bagus kepada penontonnya. Agaknya bila la filem atau movie yg berunsur islamik akan mendapat tempat die negara kita yerk. Ermmm skang nie pown baru nak kluar kat pawagam malaysia, tue pown stelah meletop cerita tersebut meletop di kaca TV. Ceritanya bertajuk "Nur Kasih The Movie", harap-harap cerita nie mampu menandingi cerita seperti diseberang seperti "Ketika Cinta Bertasbih", "Ayat-ayat Cinta" dan "Dalam Mihrab Cinta".

Dalam Mihrab Cinta nie bnyak memberi pengajaran dan nasihat kepada kita semua mengikut ajaran islam yg hakiki. Sinopsis cerita nie serba sedikit la yerk: Kisah seorg pemuda yg mempunyai daya pemikiran yg tajam dlm ilmu matematik & ekonomi, belajo di sekolah pondok. Dalam mengejar ilmu Al-Quran, pemuda tersebut menerima tamparan setelah ditangkap dan dituduh sebagai pencopet/pencuri dikalangan pelajar2 pondok (santri2). Maka pemuda tersebut telah berdendam dgn teman sebiliknya yg menyebabkan pemuda tersebut tertangkap dan dijatuhi hukuman tanpa diberi pengadilan yg sewajarnya. Setelah dikenakan hukuman dan dibuang dari sekolah pondok pemuda tersebut dimarahi dan dihukum oleh keluarga sehingga pemuda tersebut lari dari rumah dan menjadi pencopet/pencuri sebenar. Dalam menjadi pencopet dan penipu pemuda tersebut mula mendapat hidayah Allah swt yg membolehkan pemuda tersebut berubah sehingga menjadi seorg ustaz. Dalam menggapai dan mengecapi kebahagiaan hidup pemuda tersebut menerima pelbagai ujian daripada Allah swt sehingga mendapat kemanisan drpd ketabahan & kesabaran yg ditaburkan oleh pemuda tersebut.

Harap-harap dimasa akan dtg ada la movie atau filem islamik yang mampu setanding dgn produk indonesia nie. Aku tgk sampai berlinang air mata wow kesan penghayatan yg mendalam dlm cerita nie. Tapi ending cerita nie mmg menggembirakan hati. Hehehehehe 

Kalau nak download sila ke website nie yerk!!

Selamat Hari Ibu ♥♥♥

Assalamuaikum wbt sahabat sekalian,
kali nie aku nak bercerita plak pasal hari Ibu. Bercerita? mcm panjang sgt jerk bunyi nyer... Hehehehe Perkataan Ibu boleh dizahirkan dengan seorng wanita yg melahirkan atau menjaga kita daripada kecil sehingga kita dewasa. Tapi secara diskripnya mmg susah utk kita memahami hati seorng yg bergelar ibu samada die mara, sedih atau keciwa akibat daripada seorng anak. Setiap insan pasti mempunyai ibu samada ibu kandung ataupun ibu angkat atau ibu tumpang sekalipon, die tetap insan yg istimewa bagi kita semua. Tanpa ibu tiadalah kita dan kasih sayang yg dicurahkan pd kita.

Aku pown ada sorang ibu yg istimewa sgt bg diriku ini, keistimewaan ibu aku melebihi segala kasih aku seperti antara janji2 manis seorng kekasih kpd kekasih mahupun kasih antara romeo & juliet. Walaupon raut wajah ibu aku nampk dimamah usia yang menjagkaui 61thn tapi kasih aku tetap erat & kukuh padanya. Bagi aku ibu adalah segalanya dlm hidupku tanpa ibu mungkin aku akan tersugkur pd titian kehidupan aku atau mungkin aku masih menjadi anak jalanan yg tiada hala tuju utk digapai. Aku cukup kagum dengan ibu aku walaupun satu ketika aku selalu menyakiti hati ibu aku tanpa rasa bersalah maklom la jiwa mudakan selalu memberontak utk mencari kebebasan. Hehehehe tapi aku dulu dan aku sekarang x sama cukup berbeza dan boleh diumpamakan seperti langit dan bumi yg terlampau jauh perbezaannya.

Baru2 nie ibu aku telah dimasukkan Hospital Putra akibat penyakit kolestrol yg meningkat. Oleh sebab itu ibu aku telah ditahan dan sempat tido 2 malam di Wad. Aku amat sedih dan aku sedikit pown tak menunjukkan perasaan sedih dihadapan ibu. Kenapa aku tak tunjuk perasaan sedih depannya? Ibu tabah tidak menunjukkan perasaan sedih depan anak2 nya walaupun aku memberi selalu menyusahkan dan memberi masalah pada ibu mengapa kita anaknya tidak setabahnya walaupun darahnya mengalir dalam badan kita. Aku sedikitpon tak mengeluh walaupun kena ulang alik utk melawat ibu dihospital walaupun terpaksa meredah hujan bersama anak buah aku semata-mata utk melihat ibu yg terlantang kesakitan dihospital.

Aku tetap bersyukur walaupun aku hanya sempat bersama ayah seketika kerana telah dipanggil oleh ajal tapi aku masih mempunyai ibu yg kuat utk meneruskan kehidupan demi anak2 yg dikasihinya. Alhamdulilah ibu telah keluar hospital kelmarin dan buat masa terdekat nie aku perlulah menjaga ibu dengan keadaan kesihatan yg tidak menentu maklom la da tua kan ibu aku bukan muda lg. Tapi aku amat menyayangi ibu aku lebih dari segalanya. Paling menggembirakan, aku dapat ngempeng dengan ibu malam tadi. Hehehehe kepada adik aku n akak aku jgn jeles yerk... hehehehe

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat Hajah Tumijah Bte Abdul Rahman dan aku sentiasa mendoakan mu ibu berada dlm kesihatan yg sempurna dan berada dalam Rahmat Allah swt selalu. Insya'Allah I love my mom..

Sama-sama kita hayati lagu nie yerk... :)

Tuesday, May 3, 2011

Kegembiraan atau kedukaan????

Assalamulaikum wbt... tora datg lg dengan permainan baru.... hehehehehe

Baru lepas baca paper td ada plak katakan Osama Bin Laden telah dibunuh. Sape Osama Bin Laden? Ala anak Pak Laden sebelah umah aku la nak taw lebih lanjut biografi anak Pak Laden klik sini... eh silap2 nie anak pak osman bukan osama laden yerk... nie baru betul biografi osama laden SINI PULA KLIK!!!!

seperti entry2 sebelum nie tujuan aku tulis bukan saja2 jerk tp utk korang berfikir sendri.. Satu dunia telah tahu yang pihak org bukan islam mengatakan bahawa Osama Bin Laden nie adalah pengganas tp sejauh mana plak org bukan Islam yg memerangi phak pengganas dengan membunuh org islam yg tidak bersalah pula adakah ia dikategorikan dalam keganasan? Ermmmm dunia2 org bukan Islam menyambut kegembiraan dengan pemergian Osama tapi kita perlu ker menyambut dengan sebegitu.. Berapa puluh ribu org yg beragama Islam terbunuh dalam misi pemutihan pengganas di Afghanistan..

Kita patutnya perlu la rasa sedih kerana kehilangan saudara seislam walaupun tindakannya syahid dengan cara yg mampu mendatgkan perspektif yg negatif pd pandngan org bukan islam pd org islam tp Osama kan kaum muslimin juga.. Obama ckp telah terbalas dendam seranagn menara pentagon dengan kematian Osama tp bg pandangan aku la dendam akan berterusan sekiranya kita salaing balas membalas sehingga berubah generasi ke generasi selagi tiada yg sanggup melafazkan kata-kata kemaafan dengan keikhlasan yg tulus..

Sahabat sekalian fikir la dengan akal yg waras dan aper yg kita buat itu mestilah berlandaskan al-quran dan alsunnah.. malas aku bebel pepanjang kang ada plak org ckp aku nie pengganas plak...hehehehehe
I'm a muslim and I'm not terrorist...:)

 Ha jgn nak PK aku nie BN plak yerk....

Jendela Usia

Aku amik sajak nie dari 'i luv islam' sebab aku rasa sajak nie mmg btol2 terkesan utk umat manusia yg sentiasa meningkat tahap usianya... Hayati tiap2 bait sajak nie ek kengkawan moga memberi faedah pada kita semua. Insya'Allah Huta' ala.... :)


Tuhan,
Pada-Mu aku pasrah
Akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
Cintaku kian tercalar
Tuhan
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
Di hujung umur ku pasti kembali
Sedang hatiku tak suci lagi
Tuhan
Langkahku entahkan mati
Mendaki kasihMu nan tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Walaupun sering terganggu
Tuhan
Kekadang terasa sayang-Mu
Bersama kurnia hidayah
Kekadang terasa murka-Mu
Seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
Terlerai ribuan taubatku
Terungai semua janjiku
Kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
Mengemis di jendela usia
Terus mencari wajah diri
Menadah keampunan Ilahi!

Saturday, April 30, 2011

Politik Dunia..

Selamat sejahtera dan Assalamulaikum wbt...

Malaysia oh Malaysia tanah airku..Sungguh sedih aku melihat keadaan politik di Malaysia ini yang semakin hari semakain parah.. Ada yang sampai bersumpah laknat, ada pula yang menyorokkan kebatilan dan ada juga yang buat x taw jer atau org ckp wat dono jerk.. Hehehehe macam aku la tue suka wat dono jerk.. Kalau dlm hal nie mmg aku suka wat dono jerk sbb aku x nak membawa cerita yg belom tentu sahihnya lg.. Bawa cerita yang belom tentu sahih tue da masuk dlm golongan mengumpat plak kan, tue blom lg cerita fitnahnya.. Bak kata Man Maharaja Lawak " Masyarakat... masyarakat...". hehehehe

Dalam Islam sendiri berpolitik itu mmg penting  bg menentukan ketua atau pemimpin dlm sesebuah organisasi atau masyarakat muslim sendiri.. Tapi adakah berpolitik sampai berpaling dari ajaran Islam itu yang dituntut dalam pegangan Islam yg dipahat dlm lubok hati kita.. Nauzubillah himinzalik, aku sendri sbg umat akhir zaman pown keciwa ngan politik zaman sekarang.. Islam sendri pown menghalang umatnya membuka aib saudara sendri nie kan pula sampai sumpah laknat.. Dalam syarak sendri pown ada ckp sumpah laknat tue adalah bg golongan suami isteri dimana dilakukan oleh suami/isteri kerana menuduh isteri/suami yg suci melakukan zina dengan syarat  membawa 4 org saksi.. Kenyataan aku boleh disokong pada Al-Quran ayat 7-9 surah Al-Nurr.. 

Aku pown malas komen panjng2 pasal politik nie kang salah bawa cerita jadi dosa la plak... Langkah terbaek untuk umat islam adalah mendengar setiap pengakuan daripada kedua belah pihak dan dengan akal yg waras lg bijak timbang tarakan dengan logik akal dan nilai serta buat la keputusan mengikut syarak.. Da buat keputusan jgn plak bawa mulut taw, kita sendiri pown x pasti kesahihan keputusan yg kita buat so langkah mudah kita diamkan diri dan ambil ikhtibar saja ngan setiap sesuatu yg berlaku.. Hehehehehe Kalau org cerita pasal kisah tersebut jgn join baik g main jauh2 kurang2 x ada la ko bersengkokol dengan kemungkaran atau kebatilan... 

Lg satu klu korang tnya aku nie parti mana aku akan jawab aku x ada mana parti pown sebab rakan2 aku semua tergolong dari kedua-dua belah parti then jalan mudah bg menjaga hati saudara semuslim dan rakan aku adalah dengan jawapan lepaskan diri tersebut.... Ngeh3x Kurang2 aku leh jaga hati saudaraku dan hubungan sesama saudaraku... Al maklum la politik skang sampai boleh membawa persengketaan sesama saudara silap2 hari bulan putuskan hubungan sesama muslim lg.. Da tambah dosa lg, sng nyer dpt dosa yerk susah btol nak wat pahala... :)

Minta maaf sekali lg pada sahabat sekalian klu aku nyer wadah nie menyinggung hati & pasaan korang yerk.. X bermaksud pown nak menyinggung korang.. Ini semua pendapat ikhlas daripada hati aku sendiri yerk.. :)

Freedom like this Picture!!!

Friday, April 29, 2011

Kempen Merawat Jiwa...

Jom kawan-kwn kita rawat jiwa kita dengan zikrullah.. X dapat amalkan dapat dengar tiap2 hari pown da ok da... Jgn rosakkan jiwa dengan menjauhi setiap kalimah Allah swt... Yok kengkawan....:)


Monday, April 25, 2011

Bijak didunia ataupun diakhirat...

Alhamdulilah sekali lg aku dpt menulis dan mencoretkan wadah utk peringatan pada diri aku mahupun diri kalian sekalian... Sekali lg aku menyusun seploh jari memohon maaf andai aku x dpt mengupdate blog slalu dan andai coretanku ini mengguris hati kalian, aku mohon ampun dan maaf. Sekiranya coretan ini juga terdapat kekhilafan mohon diperbetulkan. Moga Allah redho dengan segala perkara yg kita ushakan bersama..

Pertama sekali, manusia ini dijadikan dengan sifat yg sempurna berbandinding dengan makhluk lain iaitu berakal. Tetapi akal manusia terbatas dengan sesuatu perkara diluar kotak pemikiran kita seperti keluasan langit ciptaan allah swt yang x mampu dihitung dengan akal kita. Terdapat manusia yg dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan salah satu contoh adalah kebijaksanaan dalam menguasai sesuatu pelajaran atau ilmu allah swt. Kebijaksanaan dalam menguasai pelajaran dapat ditentukan dengan pelbagai peperiksaan yg dijalankan. Kita boleh berbangga dengan setiap kali kita berjaya dalam pelajaran dengan menggapai empat flat tetapi kita tnya atau tidak diri kita kebijaksanaan rohani kita dalam menggapai ilmu-ilmu Al-quran dan al sunnah dalam membentuk sahsiah dan rohani yang cemerlang. Kecemerlangan dalam pelajaran belom tentu menjamin kejayaan rohani kita. Tanpa sedar atau tidak kita juga mengabaikan dalam menguasai ilmu rohani yang kian pudar dalam diri kita.

Dalam pengamatan yang slalu aku buat kebiasaannya jika kita ingin berjaya dalam ilmu kerohanian pasti Allah akan menarik sesuatu yang kita miliki seperti dalam penguasaan ilmu duniawi yang menjadi hak Allah swt. Adakah kita mahu mengejar ilmu duniawi semata-mata dengan mengabaikan ilmu akhirat. Memang ilmu duniawi itu milik Allah juga tapi adakah ia menjamin kehidupan kita di alam satu lagi. Ilmu duniawi Allah swt hanya menjamin kita pada kertas dan kerjaya sahaja tapi belum tentu akan menjamin kita dialam yg kekal. Memang ilmu akhirat menjamin kita dialam kelak tapi didunia ia menjamin ketenagan kita jua dalam menjalankan dan menggapai kecemerlangan ilmu duniawi.

Kembali semula pada konsep kehidupan kita, apa tujuan kita dijadikan khalifah dibumi ini. Pasti mudahkan untuk menjawab soklan nie tapi sukar untuk mengamalkannya. So seimbangkanlah antara ilmu duniawi dan akhirat moga kita berjaya dunia dan akhirat yerk kengkawan. Biarlah Allah swt tarik sedikit kebijaksanaan kita dalam menggapai kecemerlangan ilmu dunia tapi jangan Allah tarik kecemerlangan kita dalam menggapai ilmu Akhirat. Biarlah kita berjaya didunia dan diakhirat moga hidup diberkati Allah swt. Aku akhiri coretan ini dengan sepotong sajak:

Jangan ingin kau mengejar ketidakpastian,
Andai diri belum kukuh di alam sana,
Ilmu dunia hanya pembawa bahagia keduniaan,
Muhasabahlah kau mencari bahagia dunia dan akhirat sana.


Wednesday, April 20, 2011

PSM or FYP...

Alhamdulilah dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang... Aku bersyukur kerana dapat menyelesaikan PSM dengan jayanya. Hari ini aku buat presentation utk FYP aku dengan lancar dengan kehendaknya walaupu ada sedikit masalah teknikal... Pertama aku salah bilik utk prezen sebab masalah jadual seminar... Jadual mengatakan aku pezen kat makmal metalurgi, ngan penuh berdebarnya aku g la... Tiba disana aku rasa lain macam jerk... Apa lagi aku tnya la student kat situ sape panel.. skali die ckp arab la.. Hehehhehe Opsss!!! sekali die ckp Dr zawati la plak... Sama ker Dr. Zawati ngan Dr. Nik Muhammad.. Kan dua subjek yg berbeza..

Tanpa berlengah lagi aku g plak makmal metrologi, firasat aku ckp mungkin kat situ kowt... Tiba sana tengok kosong jerk bilik x ada sape2.. aku makin cuak maw kena aku ngan panel aku Dr. Nik Muhammad & Mr. Azwir Azlan... Tanpa memikir panjang aku terus g tempat pezen PSM 1 kat makmal CAE... Skali betul la kat situ....Huhuhuhu Cuak juga aku x jumpa tempat...Da la lambat 10 minit... nasib baik la kawan aku sanggup pezen dulu... So aku pezen lepas die la ape lg... Tanpa sempat menarik nafas panjang aku kena pezen plak... Maw tercungap- cungap aku pezen td x cukup nafas...

Masa pezen plak x yah ckp kena bedil lg, tue mmg wajib pown bg seorg mahasiswa yg menjalani pezen PSM... Huh aku cuba menangkis sebaik mungkin segala soklan tanpa memikirkan ayat aku betul ker x grammar... janji layan jerk die soal... Abis Pezen aku tarik nafas lega sebab da lepas satu bebanan atau tanggungjawab yg berat sbg sorng mahasiswa...

Sekali lagi, aku ucap Alhamdulilah walupun dibedil dan masuk lewat utk pezen, aku tetap bersyukur sebab segala ujian diberikan bersesuaian dengan tahap keimanan kita...
P/s: Jadilah pelajar yg berdisplin buat sahabat sekalian, kita x nak org melawan setiap prinsip kita tapi kita perlulah lakukannya terlebih dahulu.... Mode senyum lebar... :)))))

Saturday, April 9, 2011

~ Usaha, Doa & Tawakal ~

~ Usaha, Doa & Tawakal ~


Ku ingin mengukir pelangi dilangit biru,
Datangnya mendung membawa kedinginan,
Ku tunggu sang mentari bersinar membawa harapan,
Tidak ku rela melepas kegagalan tanpa usahaku.

Andai kegembiraan kau tidak terhenti,
Jangan kau lupa kegagalan kelmarin,
Kegembiraan kau boleh menjadi kelalaian,
Kegagalan kau jua boleh menjadi pemangkin kelak.

Lihatlah keindahan yg dikurniakan Ilahi,
Usah kau cuba mencabulinya,
Nafsu rakusmu boleh menjadi raja hatimu,
Penjarakanlah nafsumu dengan keimananmu.

~Farid Suradi ~


Wednesday, April 6, 2011

Hidayah Allah swt boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Bismillah hirrohman nirrohim wadahku dimulakan...
Assalamulaikum wbt pembuka bicara pada kalian yg melawat.

Definisi Hidayah dari segi Al-Quran ada dalam ayat dibawah:

“Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).” (An-Nahl: 9)



Maksud ayat diatas adalah seperti berikut:

Ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mulia ini menjelaskan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki hak yang mutlak dalam membimbing siapa saja yang dikehendaki-Nya, sebagai karunia dan keutamaan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada hamba tersebut. Bimbingan itulah yang menyebabkan seorang hamba senantiasa istiqamah di atas Islam, di atas As-Sunnah, yang merupakan satu-satunya jalan kebenaran. Selain jalan ini, merupakan jalan-jalan yang menyimpang dari al-haq. Ada kalanya menuju kekufuran serta kesyirikan, dan ada kalanya menuju kepada bid’ah serta hawa nafsu.



Pelbagai hidayah Allah swt boleh hadir dari pelbagai sudut antaranya dari segi pembelajaran, pengalaman mahupun dari sesuatu peristiwa. Terdapat pelbagai cara yang hadir hidayah Allah swt. Disini saya ingin menerangkan serba sedikit kehadiran bimbingan Allah swt kepada hambanya yang lahir dibuminya. Mungkin kita sedar mahupun tidak akan kehadiran hidayah Allah swt pada kita. Kita dapat menilai akan kehadirannya pabila kita sentiasa berfikir dan menilai akan perubahan yang berlaku pada diri kita. Ark...ark...ark... perubahan yg dimaksudkan bukanlah perubahan atau hijrah dari jalan kebaikan kepada keburukan tetapi adalah sebaliknya. Kita boleh mengaitkan hidayah Allah dengan keimanan pada diri kita sendiri. Tapi entry nie bukanlah bercerita pasal tahap keimanan, mungkin pada entry yang lain saya akan ulas serba sedikit.

Yang pertama hidayah Allah swt boleh hadir dalam pelbagai peristiwa seperti contoh Allah swt memberi hidayah pada sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al-Khattab dengana peristiwa pabila die mendengar bacaan Al-Quran dari adiknya sendiri setelah mengetahui bahawa adiknya telah memeluk islam. Setelah mendengar adik perempuannya membaca surah toha hati saidina umar menjadi luluh dan dengan itu saidina umar mendapat hidayah Allah swt dan telah memeluk Islam. Mungkin kita sebagai makhluk atau hamba Allah swt boleh mendapat hidayahnya dengan cara begitu mahupun dengan pelbagai peristiwa lain. Semuanya hak Allah swt pada umatnya. 

Yang kedua adalah dengan pembelajaran agama. Hati kita mungkin mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu kejadian. Dalam pembelajaran waktu kelas mungkin kita tidak meminati sesuatu subjek yg diajar. Mungkin ada sedetik kita berfikir dalam sesuatu pembelajaran menjadikan kita ingin mendalami sesuatu asal-usulnya terutamanya dalam subjek agama. Dengan lahirnya perasaan ingin tahu yg mendalam menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi menarik dan secara tidak langsung membelehkan kita meningkatkan tahap keimanan kita dengan pemberian hidayah melalui pembelajaran tersebut.

Yang ketiga adalah daripada pengalaman. Ada satu pepatah menyebut "Berfikir sejenak adalah lebih baik berfikir seribu tahun". Kita sering melakukan kemungkaran & dosa samada sedar mahupun tidak antaranya adalah dengan melawan kata-kata kedua ibu bapa kita, merempit, mencarut dan sebagainya. Pada keadaan ini memang berkait rapat dengan diri aku sendiri. Tapi diri aku sendri memang gemar berfikir sejenak sebelum tido menjadikan diri ini ingin mempunyai satu anjakan paradigma dimana ingin melakukan suatu perubahan yang sangat manis mengikut landasan syariatnya. So dengan itu, diri ini mula mendekatkan diri pada penciptanya dan mula menghargai insan-insan disekeliling tanpa sebarang diskriminasi. Dalam mendekatkan diri pada ilmu akhirat, hati yang sekeras batu boleh menjadi selembut kapas yang bisa menjadikan diri ini kuat dan kental dalam menghadapi onak kehidupan. Kebiasaannya keadaan ini adalah berkait pada remaja yang memuncak untuk melakukan sesuatu yang baru. So berilah mereka masa dan ruang kerana dalam sekeras-keras hati pasti ada kelembutannya.

Sebelum aku mengakhiri wadah yang agak berterabur ini aku ingin memohon maaf sekiranya ada menyinggung atau menghiris hati sahabat sekalian. Kita boleh mengubah ape yang tertulis pada arashnya dengan usaha, doa dan tawakal pada Allah swt. Sebelum aku akhiri entry nie hayatilah mutiara kata dibawah ini dengan mendalam tanpa mempertikaikannya:

Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan  dermawan, sedangkan dunia adalah hina
(Abu Sulaiman Ad Daroni)

Dengan itu aku akhiri entry ini dengan "Jazakallah & Assalamulaikum wbt".


Tuesday, March 29, 2011

Sedapnya diulit mimpi yg Indah...

Bismillahhirohmannirrohim.... Dengan permulaan kalimah Allah swt aku buka bicara subuh ini...
Assalamulaikum wbt... Pemberian doaku pada golongan mukmin & mukminin sekalian...

Tujuan entry ini bukanlah nak bercerita aku bermimpi seindah taman syurga ataupun takrifan mimpi mengikut Islam... Aku mencoretkan wadah ini hanyalah untuk berkongsi pendapat tentang waktu yang kritikal bagi umat Islam iaitu waktu Subuh... Bukan waktu subuh saja yg kritikal bagi umat Islam bahkan waktu2 lain sekalipun...
Aku pun mula tersenyum bila menaip entry nie sebab kadang2 aku sendiri pon terlajak subuh tapi tidaklah kerap aku subuh gajah ataupun meninggalkan solat subuh yg menjadi kewajipan bagi umat Islam... Hehehehe

Memang aku nie manusia dan juga insan yg biasa dan x punyai kenabian mahupun hikmah seperti utusan Allah swt... Tapi aku dan kalian juga ada akal yg waras dan tubuh yg sihat dimana mampu berfikir secara rasional untuk menunaikan segala yg telah disyariatkan oleh Ya Rabb... Kan indah bangun subuh dengan hati yg tenang menunaikan solat subuh dan membaca ayat2 suci alquran tambah plak kalau kalian mengamalkan bacaan surah yassin... Rasa indah kalau kita korbankan mimpi kita dengan amalankan kecualilah kalau jiwa kita sudah hitam & keras seperti batu mungkin amat susah nak melakukan pengorbanan seperti apa yg aku sebutkan tadi...

Subuh? Kenapa begitu susah untuk aku bangkit yerk... Kalau tertinggal dengan tidak sengaja kita leh topup dengan menqada'kan solat Subuh... Tapi yg paling x kenan klu sengaja meninggalkan apa jua amalan tanpa rasa bersalah seolah olah x ada ape2 yg berlaku... Alhamdulilah sekali lagi aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana aku masih bernafas dan mampu menunaikan tanggungjawab aku sbg muslim... Aku x maw diri aku nie dilebalkan sbg muslim pd keturunan saja tp aku maw diri aku dilebalkan sbg muslim sejati yg mampu menggalas segala tanggungjawab dengan hati yg ikhlas tanpa ada paksaan pun...

Ermmmmm... makin lama makin mencacau aku nie menaipkan... Ntah per benda la aku tulis nie... Ok la aku stop kat cnie jela...Tapi seblom tue aku nak pesan pada korang semua klu korang meninggalkan subuh kerana tidomu seolah-olah kamu memakai selimut yang diperbuat daripada kulit khinzir... Masya'Allah nak ker korang... Fikir-fikirkan dan selamat beramal < Tagline Prof. Izi > He3

Monday, March 28, 2011

Dengarlah Coretanku Ini yang Maha mendengar...

Dengan Bismillah aku membuka bicara... Memberi salam (Assalamulaikum wbt) sebagai doaku pada pelawat blogku...

Hati!! Kenapalah selalu berbelah bagi.. Kenapalah selalu berperasaan tidak kuingini.. Permainan perasaan sungguh hatiku dipagi hari nie.. Bercampur baur hati ini, semuanya bisikan syaiton yang direjam belaka.. Bukan aku mahu mendengar bisikan ini yang boleh menceburkan kelembah kehinaan belaka.. 

Nak kata hati nie bercinta ngan sesorang mustahil la, kalau ada pon biarlah aku bercinta dalam senyap tanpa memberitahu si empunya badan.. Takut pulak tercebur kelembah kehinaan, sekali mendengar kata hati mungkin akan selalu mendengarnya plak.. Maklum la Hatikan penggerak utama iblis... Lebih baik aku buat dono jerk dan pikior(bak kata ucop Hantu Kak Limah) Projek Sarjana Muda aku dan Latihan Industri yang amat menyerabutkan pala aku nie... Yang lain2 tue wat dono jela, bukan dapat ape pown klu fikirnya... lebih baik aku menjadi pembimbing daripada jadi perosak, bukan haiwan perosak lorrr...

Lagi menenangkan kalau aku fikir pasal cara mendekati pada yang Maha Telus.. Kurang2 pahala dapat dan mampu tingkatkan keimanan aku nie... Imankan macam menanam pokok, harus dijaga dengan baik utuk dapatkan hasil yang baik gakkan, aku bukan berbicara pasal insan yang bernama Nurul Iman ker aper... Boleh ker nak perbaiki hati yang rosak nie klu ada tompok kegelapan yer... Jawapannya pasti la ada, mana mungkin tiada ubatnya kecuali la ajal yang menjemput kan2... hehehehe

Apalah aku merepek pagi2 buta nie... Baik aku dengar Qasidah Istighfar sebelum tido nie... Ok la kengkawan Selamat Pagi & Assalamulaikum wbt...

Assalamulaikum wbt & Salam ukhwah...


Ermmmmm.... Pertama kali membuat blog rasa mcm janggal la plak... Terlebih dahulu aku ucapkan selamat berukhwah kepada pengunjung2 sekalian... Blog nie aku hasilkan bukan untuk bercerita ataupon mengata... "apa la aku ngarut nie"... Tujuan asal adalah untuk berkongsi pendapat dan ilmu Allah swt untuk aku dan diri kome sekalian... Aku akhiri dengan ucapan Assalamulaikum wbt... :)