Wednesday, May 4, 2011

Selamat Hari Ibu ♥♥♥

Assalamuaikum wbt sahabat sekalian,
kali nie aku nak bercerita plak pasal hari Ibu. Bercerita? mcm panjang sgt jerk bunyi nyer... Hehehehe Perkataan Ibu boleh dizahirkan dengan seorng wanita yg melahirkan atau menjaga kita daripada kecil sehingga kita dewasa. Tapi secara diskripnya mmg susah utk kita memahami hati seorng yg bergelar ibu samada die mara, sedih atau keciwa akibat daripada seorng anak. Setiap insan pasti mempunyai ibu samada ibu kandung ataupun ibu angkat atau ibu tumpang sekalipon, die tetap insan yg istimewa bagi kita semua. Tanpa ibu tiadalah kita dan kasih sayang yg dicurahkan pd kita.

Aku pown ada sorang ibu yg istimewa sgt bg diriku ini, keistimewaan ibu aku melebihi segala kasih aku seperti antara janji2 manis seorng kekasih kpd kekasih mahupun kasih antara romeo & juliet. Walaupon raut wajah ibu aku nampk dimamah usia yang menjagkaui 61thn tapi kasih aku tetap erat & kukuh padanya. Bagi aku ibu adalah segalanya dlm hidupku tanpa ibu mungkin aku akan tersugkur pd titian kehidupan aku atau mungkin aku masih menjadi anak jalanan yg tiada hala tuju utk digapai. Aku cukup kagum dengan ibu aku walaupun satu ketika aku selalu menyakiti hati ibu aku tanpa rasa bersalah maklom la jiwa mudakan selalu memberontak utk mencari kebebasan. Hehehehe tapi aku dulu dan aku sekarang x sama cukup berbeza dan boleh diumpamakan seperti langit dan bumi yg terlampau jauh perbezaannya.

Baru2 nie ibu aku telah dimasukkan Hospital Putra akibat penyakit kolestrol yg meningkat. Oleh sebab itu ibu aku telah ditahan dan sempat tido 2 malam di Wad. Aku amat sedih dan aku sedikit pown tak menunjukkan perasaan sedih dihadapan ibu. Kenapa aku tak tunjuk perasaan sedih depannya? Ibu tabah tidak menunjukkan perasaan sedih depan anak2 nya walaupun aku memberi selalu menyusahkan dan memberi masalah pada ibu mengapa kita anaknya tidak setabahnya walaupun darahnya mengalir dalam badan kita. Aku sedikitpon tak mengeluh walaupun kena ulang alik utk melawat ibu dihospital walaupun terpaksa meredah hujan bersama anak buah aku semata-mata utk melihat ibu yg terlantang kesakitan dihospital.

Aku tetap bersyukur walaupun aku hanya sempat bersama ayah seketika kerana telah dipanggil oleh ajal tapi aku masih mempunyai ibu yg kuat utk meneruskan kehidupan demi anak2 yg dikasihinya. Alhamdulilah ibu telah keluar hospital kelmarin dan buat masa terdekat nie aku perlulah menjaga ibu dengan keadaan kesihatan yg tidak menentu maklom la da tua kan ibu aku bukan muda lg. Tapi aku amat menyayangi ibu aku lebih dari segalanya. Paling menggembirakan, aku dapat ngempeng dengan ibu malam tadi. Hehehehe kepada adik aku n akak aku jgn jeles yerk... hehehehe

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat Hajah Tumijah Bte Abdul Rahman dan aku sentiasa mendoakan mu ibu berada dlm kesihatan yg sempurna dan berada dalam Rahmat Allah swt selalu. Insya'Allah I love my mom..

Sama-sama kita hayati lagu nie yerk... :)

No comments:

Post a Comment