Thursday, May 12, 2011

Minggu Perpisahan dengan merapatkan Ukhwah bersama rakan UTHM...

Bismillah hirrohman nirrohim...
Assalamulaikum wbt semua, utuk entry kali nie adalah bersempena program terakhir aku bersama rakan sekelas aku di UTHM...

Minggu nie adalah minggu terakhir aku di UTHM bersama rakan-rakan tahun akhir dan kemasukan batch 2008/2009.. Sungguh terharu aku apabila ada majlis & program yg mampu mengikat semula kerenggangan hubungan persahabatan sepanjang kami semua utk menggapai satu matlamat dengan suasana yang sama iaitu dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yg mampu menggarap segala ilmu dipelajari tanpa mengabaikan segala syariat yg telah ditetapkan oleh Allah SWT..

Semalam program "berbeku" untuk batch 2008/2009 bagi seksyen 3, 4 & 5, walaupun mejoriti pelajar yg menyertai program ini adalah pelajar seksyen 3 & 5 tapi ia meriah dengan gelak tawa pelajar dan gurau senda sesama pelajar.. Walaupun ada tetamu kehormat yg diundang secara tidak formal kami tetap seronok menikmati kebahagiaan hubungan sesama rakan-rakan.. Acara ini hanyalah khas utk pelajar lelaki sahaja untuk memudahkan perjalanan program tanpa sebarang perkara yg x diingini berlaku.. Sebab program ini dikhaskan bagi golongan lelaki sahaja adalah atas sebab waktu program yang dibuat adalah pd waktu malam dan lebih mesra kami berhubung rapat sesama golongan lelaki mengikut syariat yg telah ditetapkan.. Nie semua bukanlah racist tapi adalah berkonsepkan keislaman dalam menjalani sesuatu program tanpa ada pergaulan yg melebihi batasan islam.. Sebelum majlis ini dimulakan pengarah program kami telah memberi ucapan yg dapat dilaksanakan setiap pelajar walaupun agak berat iaitu acara bermaafan sesama rakan buat kali terakhir.. Janganlah memandang majlis ini hiburan & kritikan mahupun bahan-membahan tetapi ia adalah atas tujuan yg satu iaitu merapatkan silaturrahim yg telah lama renggang & rapuh sesama sahabat semuslim & sekos kita..

Malam "Berbeku" di fakulti

Setelah selesai majlis "berbeku" kami dihidangkan pula dengan program sukan bermain futsal bersama rakan yang menyertai program "berbeku" tadi.. walaupun agak letih aku tetap menhadirkan diri buat sahabat-sahabat aku sekalian dan aku telah terlelap seketika sebelum & semasa program kesukanan ini.. Program ini adalah berupa membentuk & meningkatkan kerohanian kami secara kesukanan tanpa mengurangkan sedikit pon kehambaran kemeriahan program ini... Walaupun aktiviti ini kurang sesuai waktunya tp ia dpt dijalankan dengan jayanya..

Program Sukan dipagi hari... :)

Inilah program yang berupa keseronokan tapi terdapat tujuan yg terselindung tanpa kita sedari.. Aku harap dilain masa kita dapat bersua lagi sahabat sekalian.. Dikesempatan ini aku menyusun sepuluh jari utk memohon kemaafan samada sengaja mahupun tidak.. Kamu semua adalah sahabat aku sepanjang hayat aku didunia dan diakhirat dan tidak pernah pown aku menyimpan dendam ke atas kalian semua..

Aku sudahi dengan Assalamulaikum WBT...
p/s : Gamba program akan di uplode kemudian yerk... :)

2 comments: