Wednesday, May 11, 2011

Membaca meningkatkan tahap ilmu kita...

Mcm nie la baru semangat kwn2, x kira dimana jua anda berada...

Pasti korang aper cara yg boleh meningkatkan tahap ilmu sesorng kan.. ce ceta ce ceta...
Eh sebelum tue Assalamulaikum wbt diucapkan pada rakan sekalian... Bagi aku tahap ilmu tue akan bertambah pabila kita melihat org melakukan sesuatu yg baru dan juga dengan membaca... Ermmm pasti korang x minat membacakan aku taw... Aku dulu pown x minat utk membaca tp skang bila aku membaca aku akan rasa nikmat dan terasa sungguh kerdil & jahil diri aku bila bnyak benda kita baca lagi bnyak kita x tahu sebenrnya kan... Terutamanya perkara yg saling kita baca adalah berkaitan dgn bahan bacaan keagamaan... Biarlah org nak ckp yg kita nie skema ker ulat buku ker tapi aku percaya org yg bnyk membaca nie lg bnyak ilmu yg diketahui cuma sikap kita jerk yg membatasi kita utk membaca..

Wahyu pertama yg Allah swt turunkan pada Rasulullah SAW sendiri pown menyuruh baginda membaca sehingga menggigil tubuh baginda mendapat wahyu tersebut.. Mesti susah ma maw amalkan budaya membaca nie coz budaya mmg korang suka kan and bukan menjadi kebiasaan pada diri korang.. sama juga pada aku tp bila aku mula kikis sedikit demi sedikit budaya malas pada diri aku utk merajinkan budaya membaca nie aku mula rasa seronok ya amat dlm membudayakan budaya membaca nie terutamanya dalam meningkatkan dlm ilmu agama nie.. :)

Golongan yang suka mencari ilmu nie sendri amat disukai oleh Rasulullah SAW dan sentiasa diberi keutamaan dahulu kerana terdapat hadith yg menceritakan pada suatu ketika dalam surau terdapat dua golongan yg menuntut ilmu dan golongan yg berzikir pada Allah SWT..



Inilah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam maksud hadis daripada  Abdullah Bin 'Amru Bin Al-'As: Baginda masuk ke dalam masjid dan mendapati dua golongan yang sedang berkumpul; satu golongan sedang mendalami ilmu agama dan golongan lain sedang memohon doa kepada Allah.  Selanjutnya Baginda bersabda: 'Kedua-dua majlis ini adalah baik, yang satu sedang memohon doa kepada Allah, dan yang lagi satu sedang menuntut ilmu dan sedang mendidik orang yang tidak berilmu, maka mereka ini lebih baik (daripada golongan yang sedang berdoa). Aku diutuskan untuk mengajar dan mendidik. Kemudian Baginda memilih untuk duduk di dalam majlis ilmu. (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Petikan dari : Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Maka salah satu caranya adalah dengan membaca yerk, so nak kakis sifat atau budaya malas mestilah dengan menguatkan keimanan terlebih dahulu.. setelah itu kakis la sifat malas dengan paksa utk membaca & meminati budaya membaca... membaca lah di mana anada berada.. Hehehehehe :)

No comments:

Post a Comment