Saturday, July 9, 2011

Inikah negara yang kami dambarkan... Oh Malaysiaku!!!

Piluku bukan bermaksud aku berduka, gembiraku bukan juga aku menyokong tapi senyap & menungku bukan tanda aku tidak berfikir & hanya tuli dengan perkembangan sekeliling... Oh Malaysiaku yang dulu aku dambarkan sebagai sebuah negara yang aman dan damai...

Hidupku bukan untuk menyalah dan dipersalahkan walaupun aku bukan hadir dlm negara mampu mewujudkan pelbagai bencana yang mapu menyedarkan dari lenaku tapi mengapa kita harus mewujudkan fenomena yang mampu mengguris & menimbulkan kesengsaraan pada pelbagai masyarakat... Adakah kita mapu mengubah semua yang salah dengan hanya hadirnya kesengsaraan tanpa diundang... Juga masih tertanya adakah Malaysia itu sama saja seperti Selatan Thailand mahupun Mesir yang mampu membawa transformasi negara...

Apakah cerita disebalik negara tersebut selepas berakhirnya demonstrasi tersebut??? Walaupun aku berbangga dengan tuntutan segolongan masyarakat tersebut tapi haruskah ia diadakan dalam suasana sebegitu yang menjanjikan dalam keadaan aman dan damai tapi hanya khabar2 indah saja yang berlalu...

Memang sesuatu perkara diluar kawalan kotak fikiran kita tapi kita masih boleh berfikir & memberi jaminan dalam sesuatu perlakuan yang bakal akan dilakukan... Yang terang tdak mampu ditentang tapi kelam mampu ditentang dengan hebatnya... Berapa lama aku harus menunggu semua ini berakhir adakah sehari, dua hari, tiga hari atau satu minggu mahupun sebulan... Mana pergi peganganmu wahai saudaraku & sahabatku, adakah ini teladan yang diperolehi dari junjungan kita saudaraku atau pengajaran dari pegangan agamamu sahabat...

Oh sahabat & saudaraku berfikir la secara rasional dalam melaksanakan sesuatu perbuatan, Lihatlah negara yang serba kekurangan dari kita... Sedih..sedih... sedih... :(

Inikah yg kita mahukan?

No comments:

Post a Comment