Assalamulaikum wbt semua, utuk entry kali nie adalah bersempena program terakhir aku bersama rakan sekelas aku di UTHM...
Minggu nie adalah minggu terakhir aku di UTHM bersama rakan-rakan tahun akhir dan kemasukan batch 2008/2009.. Sungguh terharu aku apabila ada majlis & program yg mampu mengikat semula kerenggangan hubungan persahabatan sepanjang kami semua utk menggapai satu matlamat dengan suasana yang sama iaitu dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yg mampu menggarap segala ilmu dipelajari tanpa mengabaikan segala syariat yg telah ditetapkan oleh Allah SWT..
Semalam program "berbeku" untuk batch 2008/2009 bagi seksyen 3, 4 & 5, walaupun mejoriti pelajar yg menyertai program ini adalah pelajar seksyen 3 & 5 tapi ia meriah dengan gelak tawa pelajar dan gurau senda sesama pelajar.. Walaupun ada tetamu kehormat yg diundang secara tidak formal kami tetap seronok menikmati kebahagiaan hubungan sesama rakan-rakan.. Acara ini hanyalah khas utk pelajar lelaki sahaja untuk memudahkan perjalanan program tanpa sebarang perkara yg x diingini berlaku.. Sebab program ini dikhaskan bagi golongan lelaki sahaja adalah atas sebab waktu program yang dibuat adalah pd waktu malam dan lebih mesra kami berhubung rapat sesama golongan lelaki mengikut syariat yg telah ditetapkan.. Nie semua bukanlah racist tapi adalah berkonsepkan keislaman dalam menjalani sesuatu program tanpa ada pergaulan yg melebihi batasan islam.. Sebelum majlis ini dimulakan pengarah program kami telah memberi ucapan yg dapat dilaksanakan setiap pelajar walaupun agak berat iaitu acara bermaafan sesama rakan buat kali terakhir.. Janganlah memandang majlis ini hiburan & kritikan mahupun bahan-membahan tetapi ia adalah atas tujuan yg satu iaitu merapatkan silaturrahim yg telah lama renggang & rapuh sesama sahabat semuslim & sekos kita..
Malam "Berbeku" di fakulti
Program Sukan dipagi hari... :)
Aku sudahi dengan Assalamulaikum WBT...
p/s : Gamba program akan di uplode kemudian yerk... :)