Saturday, September 24, 2011

Repot Outstation Tampoi...

Setelah 3hari 1/2 aku berada dihospital tampoi untuk menyelesaikan masalah pada projek Hospital yg permai lg indah. Suasana hospital mmg indah tapi masih belom berpenghuni lg klu korang nak register masok tempat tue bleh la cpat2 register yerk, karang penoh melopeh kome nak masok... hehehehe

Agak lama gak la aku kat hospital tue sampai silap hari bulan aku nak jerk register masuk tempat tue, maw pecah kepala nak siapkan sistem kat hospital tula tapi masih x siap juga sbb bnyak masalah teknikal yg menyebabkan kerja aku nak up program dan grafik tidak dpt dijalankan secara lancar & cergas..

Kesimpulannya kerja di Hospital Permai terpaksa ditangguhkan sehingga semua point pada sistem online barulah  kerja aku nak load grafik pd sistem dpt dijalankan dgn lancar. So ptg nie balik Selangor dan minggu depan siapkan grafik dari opiz saje la jawabnya... :)

Friday, September 23, 2011

Diana Amir dan perubahan...

Alhamdulilah, itu saja yg mampu aku ucapkan dengan perubahan mahu menjadi muslimah sejati...


walaupun masih ada kekurangan, masih boleh ditingkatkan lg perubahan tersebut dari semasa ke semasa...
perubahan perlu dilakukan sedikit demi sedikit selaras dengan keselesaan dan berkekalan mengikut syariat yg ditetapka... :)

Thursday, September 22, 2011

Hati bergelora dan berkecamuk.

Astarfirroh hal'azim, knpa la hati aku bergelora semula setelah hilangnya ketenangan. Aku perlukan ketenangan seperti dulu dimana tiap kali aku lakukan solat dan baca quran dlm keadaan tenang dan tenteram tanpa rasa seperti berpenyakit.
Adakah ini semua disebabkan hasutan syaitan semata-mata atau disebabkan oleh persekitaran baru yg aku alami. Ya Allah ini kah yg dinamakan pegurangan keimanan dalam diri ya Allah. Setiap kali menyendiri dan berada dlm kesorangan pasti ada saja yg tidak kena pada jiwa dan rohani aku ini.
Ya Allah beri la aku kekuatan, ketenangan diri seperti kau berikan ketenangan pada org-org yang beriman padamu dan jauhkan aku dari sebarang gejala yg mampu menceburkan diriku dalam lembah maksiatmu.

Aku tak mahu hanya menjadi ros hitam yg tidak mampu menghadirkan seri pada org lain bahkan aku rela menjadi ros segar lg berduri yg mampu menyinari dan melindungi kehidupan org lain..

Friday, August 26, 2011

Sungguh hening petang nie..

Aku skang da menjadi ahli Johnson Controls (M) Sdn. Bhd... kira2 hampir sebulan juga aku menjadi staff johnson... tapi bukan ini yg aku nak gambarkan pada korang tapi suasana diperantauan apabila menjelang syawal.. hari ini sedikit demi sedikit staff balik untuk menyambut syawal... 

Skang nie opiz aku da mula sunyi, boleh dikatakan tinggal beberapa kerat jerk hari ini... aku plak sibuk online jerk abis balik dari site di Keramat maklom la x ada mood nak wat keja... hehehe Kalau ikut mood raya aku dari lepas solat jumaat aku da cabut tp apekan daya pengangkutan aku cuma motosikal saja tambah plak hujan lebat di PJ nie... huhuhu Satu lg jap lg ada majlis berbuka utk department aku di Sri Melaka Restaurant...

Terpaksa la aku tangguhkan hajat aku nak cabut awal... huhuh tapi ape pown aku gembira dgn pekerjaan aku disini walaupun bnyak kerja masih tertangguh lg... huhuhuhu

Sebelum aku habiskan bicara aku, aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri dan aku mohon maaf atas segala kesalahan aku samada zahir & batin... Berhati-hati dijalan raya yerk kengkawan... :)

Saturday, July 9, 2011

Inikah negara yang kami dambarkan... Oh Malaysiaku!!!

Piluku bukan bermaksud aku berduka, gembiraku bukan juga aku menyokong tapi senyap & menungku bukan tanda aku tidak berfikir & hanya tuli dengan perkembangan sekeliling... Oh Malaysiaku yang dulu aku dambarkan sebagai sebuah negara yang aman dan damai...

Hidupku bukan untuk menyalah dan dipersalahkan walaupun aku bukan hadir dlm negara mampu mewujudkan pelbagai bencana yang mapu menyedarkan dari lenaku tapi mengapa kita harus mewujudkan fenomena yang mampu mengguris & menimbulkan kesengsaraan pada pelbagai masyarakat... Adakah kita mapu mengubah semua yang salah dengan hanya hadirnya kesengsaraan tanpa diundang... Juga masih tertanya adakah Malaysia itu sama saja seperti Selatan Thailand mahupun Mesir yang mampu membawa transformasi negara...

Apakah cerita disebalik negara tersebut selepas berakhirnya demonstrasi tersebut??? Walaupun aku berbangga dengan tuntutan segolongan masyarakat tersebut tapi haruskah ia diadakan dalam suasana sebegitu yang menjanjikan dalam keadaan aman dan damai tapi hanya khabar2 indah saja yang berlalu...

Memang sesuatu perkara diluar kawalan kotak fikiran kita tapi kita masih boleh berfikir & memberi jaminan dalam sesuatu perlakuan yang bakal akan dilakukan... Yang terang tdak mampu ditentang tapi kelam mampu ditentang dengan hebatnya... Berapa lama aku harus menunggu semua ini berakhir adakah sehari, dua hari, tiga hari atau satu minggu mahupun sebulan... Mana pergi peganganmu wahai saudaraku & sahabatku, adakah ini teladan yang diperolehi dari junjungan kita saudaraku atau pengajaran dari pegangan agamamu sahabat...

Oh sahabat & saudaraku berfikir la secara rasional dalam melaksanakan sesuatu perbuatan, Lihatlah negara yang serba kekurangan dari kita... Sedih..sedih... sedih... :(

Inikah yg kita mahukan?