Saturday, July 9, 2011

Inikah negara yang kami dambarkan... Oh Malaysiaku!!!

Piluku bukan bermaksud aku berduka, gembiraku bukan juga aku menyokong tapi senyap & menungku bukan tanda aku tidak berfikir & hanya tuli dengan perkembangan sekeliling... Oh Malaysiaku yang dulu aku dambarkan sebagai sebuah negara yang aman dan damai...

Hidupku bukan untuk menyalah dan dipersalahkan walaupun aku bukan hadir dlm negara mampu mewujudkan pelbagai bencana yang mapu menyedarkan dari lenaku tapi mengapa kita harus mewujudkan fenomena yang mampu mengguris & menimbulkan kesengsaraan pada pelbagai masyarakat... Adakah kita mapu mengubah semua yang salah dengan hanya hadirnya kesengsaraan tanpa diundang... Juga masih tertanya adakah Malaysia itu sama saja seperti Selatan Thailand mahupun Mesir yang mampu membawa transformasi negara...

Apakah cerita disebalik negara tersebut selepas berakhirnya demonstrasi tersebut??? Walaupun aku berbangga dengan tuntutan segolongan masyarakat tersebut tapi haruskah ia diadakan dalam suasana sebegitu yang menjanjikan dalam keadaan aman dan damai tapi hanya khabar2 indah saja yang berlalu...

Memang sesuatu perkara diluar kawalan kotak fikiran kita tapi kita masih boleh berfikir & memberi jaminan dalam sesuatu perlakuan yang bakal akan dilakukan... Yang terang tdak mampu ditentang tapi kelam mampu ditentang dengan hebatnya... Berapa lama aku harus menunggu semua ini berakhir adakah sehari, dua hari, tiga hari atau satu minggu mahupun sebulan... Mana pergi peganganmu wahai saudaraku & sahabatku, adakah ini teladan yang diperolehi dari junjungan kita saudaraku atau pengajaran dari pegangan agamamu sahabat...

Oh sahabat & saudaraku berfikir la secara rasional dalam melaksanakan sesuatu perbuatan, Lihatlah negara yang serba kekurangan dari kita... Sedih..sedih... sedih... :(

Inikah yg kita mahukan?

Thursday, May 12, 2011

Minggu Perpisahan dengan merapatkan Ukhwah bersama rakan UTHM...

Bismillah hirrohman nirrohim...
Assalamulaikum wbt semua, utuk entry kali nie adalah bersempena program terakhir aku bersama rakan sekelas aku di UTHM...

Minggu nie adalah minggu terakhir aku di UTHM bersama rakan-rakan tahun akhir dan kemasukan batch 2008/2009.. Sungguh terharu aku apabila ada majlis & program yg mampu mengikat semula kerenggangan hubungan persahabatan sepanjang kami semua utk menggapai satu matlamat dengan suasana yang sama iaitu dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yg mampu menggarap segala ilmu dipelajari tanpa mengabaikan segala syariat yg telah ditetapkan oleh Allah SWT..

Semalam program "berbeku" untuk batch 2008/2009 bagi seksyen 3, 4 & 5, walaupun mejoriti pelajar yg menyertai program ini adalah pelajar seksyen 3 & 5 tapi ia meriah dengan gelak tawa pelajar dan gurau senda sesama pelajar.. Walaupun ada tetamu kehormat yg diundang secara tidak formal kami tetap seronok menikmati kebahagiaan hubungan sesama rakan-rakan.. Acara ini hanyalah khas utk pelajar lelaki sahaja untuk memudahkan perjalanan program tanpa sebarang perkara yg x diingini berlaku.. Sebab program ini dikhaskan bagi golongan lelaki sahaja adalah atas sebab waktu program yang dibuat adalah pd waktu malam dan lebih mesra kami berhubung rapat sesama golongan lelaki mengikut syariat yg telah ditetapkan.. Nie semua bukanlah racist tapi adalah berkonsepkan keislaman dalam menjalani sesuatu program tanpa ada pergaulan yg melebihi batasan islam.. Sebelum majlis ini dimulakan pengarah program kami telah memberi ucapan yg dapat dilaksanakan setiap pelajar walaupun agak berat iaitu acara bermaafan sesama rakan buat kali terakhir.. Janganlah memandang majlis ini hiburan & kritikan mahupun bahan-membahan tetapi ia adalah atas tujuan yg satu iaitu merapatkan silaturrahim yg telah lama renggang & rapuh sesama sahabat semuslim & sekos kita..

Malam "Berbeku" di fakulti

Setelah selesai majlis "berbeku" kami dihidangkan pula dengan program sukan bermain futsal bersama rakan yang menyertai program "berbeku" tadi.. walaupun agak letih aku tetap menhadirkan diri buat sahabat-sahabat aku sekalian dan aku telah terlelap seketika sebelum & semasa program kesukanan ini.. Program ini adalah berupa membentuk & meningkatkan kerohanian kami secara kesukanan tanpa mengurangkan sedikit pon kehambaran kemeriahan program ini... Walaupun aktiviti ini kurang sesuai waktunya tp ia dpt dijalankan dengan jayanya..

Program Sukan dipagi hari... :)

Inilah program yang berupa keseronokan tapi terdapat tujuan yg terselindung tanpa kita sedari.. Aku harap dilain masa kita dapat bersua lagi sahabat sekalian.. Dikesempatan ini aku menyusun sepuluh jari utk memohon kemaafan samada sengaja mahupun tidak.. Kamu semua adalah sahabat aku sepanjang hayat aku didunia dan diakhirat dan tidak pernah pown aku menyimpan dendam ke atas kalian semua..

Aku sudahi dengan Assalamulaikum WBT...
p/s : Gamba program akan di uplode kemudian yerk... :)

Wednesday, May 11, 2011

Membaca meningkatkan tahap ilmu kita...

Mcm nie la baru semangat kwn2, x kira dimana jua anda berada...

Pasti korang aper cara yg boleh meningkatkan tahap ilmu sesorng kan.. ce ceta ce ceta...
Eh sebelum tue Assalamulaikum wbt diucapkan pada rakan sekalian... Bagi aku tahap ilmu tue akan bertambah pabila kita melihat org melakukan sesuatu yg baru dan juga dengan membaca... Ermmm pasti korang x minat membacakan aku taw... Aku dulu pown x minat utk membaca tp skang bila aku membaca aku akan rasa nikmat dan terasa sungguh kerdil & jahil diri aku bila bnyak benda kita baca lagi bnyak kita x tahu sebenrnya kan... Terutamanya perkara yg saling kita baca adalah berkaitan dgn bahan bacaan keagamaan... Biarlah org nak ckp yg kita nie skema ker ulat buku ker tapi aku percaya org yg bnyk membaca nie lg bnyak ilmu yg diketahui cuma sikap kita jerk yg membatasi kita utk membaca..

Wahyu pertama yg Allah swt turunkan pada Rasulullah SAW sendiri pown menyuruh baginda membaca sehingga menggigil tubuh baginda mendapat wahyu tersebut.. Mesti susah ma maw amalkan budaya membaca nie coz budaya mmg korang suka kan and bukan menjadi kebiasaan pada diri korang.. sama juga pada aku tp bila aku mula kikis sedikit demi sedikit budaya malas pada diri aku utk merajinkan budaya membaca nie aku mula rasa seronok ya amat dlm membudayakan budaya membaca nie terutamanya dalam meningkatkan dlm ilmu agama nie.. :)

Golongan yang suka mencari ilmu nie sendri amat disukai oleh Rasulullah SAW dan sentiasa diberi keutamaan dahulu kerana terdapat hadith yg menceritakan pada suatu ketika dalam surau terdapat dua golongan yg menuntut ilmu dan golongan yg berzikir pada Allah SWT..



Inilah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam maksud hadis daripada  Abdullah Bin 'Amru Bin Al-'As: Baginda masuk ke dalam masjid dan mendapati dua golongan yang sedang berkumpul; satu golongan sedang mendalami ilmu agama dan golongan lain sedang memohon doa kepada Allah.  Selanjutnya Baginda bersabda: 'Kedua-dua majlis ini adalah baik, yang satu sedang memohon doa kepada Allah, dan yang lagi satu sedang menuntut ilmu dan sedang mendidik orang yang tidak berilmu, maka mereka ini lebih baik (daripada golongan yang sedang berdoa). Aku diutuskan untuk mengajar dan mendidik. Kemudian Baginda memilih untuk duduk di dalam majlis ilmu. (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Petikan dari : Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Maka salah satu caranya adalah dengan membaca yerk, so nak kakis sifat atau budaya malas mestilah dengan menguatkan keimanan terlebih dahulu.. setelah itu kakis la sifat malas dengan paksa utk membaca & meminati budaya membaca... membaca lah di mana anada berada.. Hehehehehe :)

Friday, May 6, 2011

Kenanganku di UTHM atau Kuittho...

Assalamulaikum wbt dan selamat pagi rakan2...

Pagi-pagi buta nie aku saja nak bebel skit pasal tempat pengajian aku yg bakal aku tinggalkan setelah aku mengabdikan diri selama 6thn lamanya. UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) atau lebih dikenali sbg KUITTHO ( Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia) merupakan satu IPTA yang terletak disebuah pekan Parit Raja seperti yg sahabat aku war-warkan diblognya dengan berepisod kowt... Hehehehe
Sorry Mr. Muhammad Zulfdhli B. Osman kerana skali lg melibatkan ko dlm entri aku ek... :)

Dahulu masa aku diploma sikit punya kecik la UTHM nie skang da kembang pesat sehingga akan terbinanya sebuah kolam renang, masjid utama dan juga dewan besar. Apa yg aku nyatakan nie semuanya aku lom merasa lg sebab x siap lg. Yang sempat aku merasa adalah perpustakaan UTHM yg tersergam indah 5 tingkat dengan panorama tasiknya yg mengasyikkan si pengunjung bila melihat dari dalam perpustakaan. Huh rugi owh saper x menikmati perpustakaan UTHM yg agak besar tue.

Aku dengo cerita aku sempat merasa masjid besar UTHM dan dewan besar UTHM jerk kowt. dapat merasa yg tue pown jadi la sblom aku menamatkan pengajian aku kan. Al-maklom la baru dinaik taraf menjadi Universiti awamkan so pembangunan pesat diakhir waktu pengajian aku plak tue... Huh Klu aku btol nak rasa pembangunan tue aku kena sambung master kat UTHM kowt tp rasa malas la nak sambung master lg. Aku nak rehatkan pala otak aku dengan menjadi org yg berkerjaya plak lepas nie... Hehehe

Nie atikel pasal Perpustakaan UTHM:
Utusan Malaysia

Nie video-video Dewan Besar UTHM bakal terbina:

Nie utk 1st video

Nie plak 2nd video.

Sebelom korang close blog aku moh kita layan lagu komersial tempat pengajian aku UTHM... Hehehehe Baguskan Universiti aku siap ada lagu promo lagi....

Nrocinu-Kenangan di KUiTTHO (UTHM)


Wednesday, May 4, 2011

Dalam Mihrab Cinta...


Aku kagum dgn filem berunsur islamik indonesia salah satunya adalah filem "Dalam Mihrab Cinta". Memang aku peminat movie terutamanya movie yg berunsur islamik. Filem atau movie nie salah satu cara nasihat atau ajakan yg bagus kepada penontonnya. Agaknya bila la filem atau movie yg berunsur islamik akan mendapat tempat die negara kita yerk. Ermmm skang nie pown baru nak kluar kat pawagam malaysia, tue pown stelah meletop cerita tersebut meletop di kaca TV. Ceritanya bertajuk "Nur Kasih The Movie", harap-harap cerita nie mampu menandingi cerita seperti diseberang seperti "Ketika Cinta Bertasbih", "Ayat-ayat Cinta" dan "Dalam Mihrab Cinta".

Dalam Mihrab Cinta nie bnyak memberi pengajaran dan nasihat kepada kita semua mengikut ajaran islam yg hakiki. Sinopsis cerita nie serba sedikit la yerk: Kisah seorg pemuda yg mempunyai daya pemikiran yg tajam dlm ilmu matematik & ekonomi, belajo di sekolah pondok. Dalam mengejar ilmu Al-Quran, pemuda tersebut menerima tamparan setelah ditangkap dan dituduh sebagai pencopet/pencuri dikalangan pelajar2 pondok (santri2). Maka pemuda tersebut telah berdendam dgn teman sebiliknya yg menyebabkan pemuda tersebut tertangkap dan dijatuhi hukuman tanpa diberi pengadilan yg sewajarnya. Setelah dikenakan hukuman dan dibuang dari sekolah pondok pemuda tersebut dimarahi dan dihukum oleh keluarga sehingga pemuda tersebut lari dari rumah dan menjadi pencopet/pencuri sebenar. Dalam menjadi pencopet dan penipu pemuda tersebut mula mendapat hidayah Allah swt yg membolehkan pemuda tersebut berubah sehingga menjadi seorg ustaz. Dalam menggapai dan mengecapi kebahagiaan hidup pemuda tersebut menerima pelbagai ujian daripada Allah swt sehingga mendapat kemanisan drpd ketabahan & kesabaran yg ditaburkan oleh pemuda tersebut.

Harap-harap dimasa akan dtg ada la movie atau filem islamik yang mampu setanding dgn produk indonesia nie. Aku tgk sampai berlinang air mata wow kesan penghayatan yg mendalam dlm cerita nie. Tapi ending cerita nie mmg menggembirakan hati. Hehehehehe 

Kalau nak download sila ke website nie yerk!!